AL-ARQAM DAN ASWAJA SAMA TIGA SERANGKAI?

67 Views

AL-ARQAM DAN ASWAJA SAMA TIGA SERANGKAI?

Gerakan al-Arqam yang bergiat aktif pada tahun 80an – 90an dan akhirnya telah difatwakan sesat pada tahun 1994.

Sebab aliran atau jenama ini difatwakan sesat adalah kerana dakwaan mampu bertemu dan melihat Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam dalam keadaan ‘yaqazah’ (sedar, bukan mimpi). -1-

Selain itu, mereka juga dikatakan menyakini bahawa ketua mereka yang telah mati itu akan hidup semula sebagai Imam Mahdi pada akhir zaman. -2-

Dan juga dikatakan bahawa wujudnya ‘Sidang Parlimen Roh’ dalam ajaran ini. -3-

Sedar atau tidak, ketiga-tiga ciri yang digembar-gemburkan menjadi punca al-Arqam disesatkan itu memiliki persamaan dengan ajaran arus perdana iaitu ASWAJA.

Apa kurangnya ASWAJA dengan al-Arqam, ASWAJA juga mengaku ada persidangan para wali yang berlaku sini dan sana. -4- Bahkan ada tariqat melalui proses ‘istihalah’ juga mendakwa boleh bersidang dengan roh Nabi dan selainnya. -5-

Dalam kalangan penganut ASWAJA hari ini juga mempunyai tokoh yang mendakwa bertemu dengan Nabi SAW. Harap golongan ini tidak menafikannya. Bahkan ASWAJA-lah jaguh dalam mempertahankan fahaman ini.

Melalui tulisan dan ‘video’, mereka begitu asyik mempromosikan habib itu jumpa Nabi, tidak mustahil itu dan ini.

Salah satu kitab yang diajarkan secara meluas dalam kalangan ASWAJA ialah kitab “Akidah al-Mursyidah”. Kitab ini karya Ibn al-Tumart.

Beliau iaitu Ibn al-Tumart pernah mengaku beliaulah imam al-Mahdi. -6- Beliau juga bersikap terorisme dengan tindakan pembunuhan secara ekstrem puluhan ribu manusia.

Tapi kitab beliau telah diajar secara meluas dan mendapat tauliah pula para pengajar kitab tersebut.

Bertemu roh, ketua jadi imam Mahdi, bertemu Nabi secara jaga. Benarkah ini sebab al-Arqam disesatkan?

Atau sebab politik/ekonomi? Al-Arqam sesat, tapi ASWAJA dibiarkan tumbuh pesat? Kerana jika sebab itu, aliran ASWAJA pun tidak kuranglah, seiras seperti adik-beradik, cuma berlainan nama.

Kita tidak minta ajaran sesat dibenarkan, tapi kebenaran itu jangan diukur atas jenama atau diselindung kerana nama.

Andai si fulan sesat kerana perbuatan itu, maka si fulan lain juga sesat apabila memenuhi ciri-ciri perbuatan si fulan yang sesat itu.

LAMPIRAN:
1. https://www.facebook.com/share/v/x9pZuRvnVFWybjVZ/?mibextid=oFDknk
2. https://mais.gov.my/artikel-dakwah/penyelewengan-dalam-ajaran-al-arqam/
3. https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2011/01/24/jakim-majlis-agama-islam-pantau-pengikut-alarqam-adakan-sidang-parlimen-roh
4. https://youtu.be/I0p6qFtxU4I?si=lrGQTHvoJ7OvBalX
5. https://www.youtube.com/live/-U9_vewCtH8?si=trwSMqwbgxuDYrCA
6. https://muftiwp.gov.my/en/artikel/bayan-linnas/1824-bay#_ftn8

Editor: Loha
1 Rabiul Awal 1446H

Ikuti Kami Di Media Sosial

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *