CAJ DUITNOW?
- 02/10/2023
- admin
- Comment: 0
- Ekonomi Islam, Teknologi & Sains dalam Islam
Caj DuitNow
Berkenaan isu caj Paynet QR Duitnow, saya bukanlah nak backup ke apa. Sebagai rakyat marhaen yang sudah selesa dengan sistem duitnow yang realtime ni, kalau boleh kita tak nak la ada caj. Sapa tak nak barang free. Untuk Duitnow Interbank Transfer saya belum pasti sama ada turut caj atau tidak.
Tapi secara teorinya, sistem yang canggih macam tu sudah tentulah ada kosnya. Dan caj permulaan (yang saya rasa akan naik jugak sikit-sikit nanti), tidaklah terlalu besar, cuma 0.25% jika bayaran daripada akaun atau e-wallet. Kalau pindahkan RM1000, penerima dicaj RM2.50. Kalau RM100, caj cuma 25 sen. Caj yang masih peniaga boleh serap. Cuma bonus-bonus penggunaan e-wallet mungkin berkurangan. Selama ni mungkin ada bonus, dan mata ganjaran terutama jika guna e-wallet, lepas ini mungkin kurang, sebab merchant akan kurangkan MDR kepada e-wallet.
Mungkin timing tak berapa kena. Ketika banyak variable inflasi lain yang mencetuskan kenaikan barangan, maka caj QR duitnow walaupun tak besar boleh mencemaskan emosi peniaga dan seperti menjadi faktor untuk menaikkan harga kepada pelanggan.
Cuma harapnya isu ini tidak menyebabkan segelintir peniaga mengambil kesempatan saja. Saya yakin peniaga tak akan naikkan harga barangan pun.
Ini kerana dari sudut lain, jika dibandingkan dengan penggunaan cash dalam urus niaga, kos QR Pay masih rendah. Kos nak cari syiling, nak tukar duit kecik pagi-pagi, risiko duit hilang, kos masa nak bilang duit, risiko syiling hilang dan short dalam kiraan, sebenarnya lebih besar berbanding kos QR Duit Now.
Ahmad Sufyan Che Abdullah,
muamalat.my