“Sebenarnya tak susah belajar 4 mazhab kalau kita bukan jenis hendak hafal, memang senang, dengar sahajalah! Yang susah bila belajar 4 mazhab ini bila kita hendak hafal, jenuh hendak hafal dalil apa? hendak tarjih pula, hendak pilih pandangan yang kuat sebab apa? kena bagi alasan, ha! itu yang susah belajar 4 mazhab.

Kadang-kadang ada pandangan saya bagi 2-3 mazhab, kadang-kadang 4 mazhab, betul tak? Tuan-tuan rasa berat tak? Berat bila hendak hafal. Tetapi bila dengar, dengar sahajalah. Sebenarnya orang awam tak ada masalah pun belajar 4 mazhab, orang awam okay sahaja! Siapa yang tak okay? Sebahagian ustaz-ustaz yang tak okay. Maka sebab itu dia membina pengikut dia yang akan marah kepada orang lain. Dia pula berleter:

‘tuan-tuan jangan ikut, peningkan orang’.

Orang tak pening, biasa sahaja. Setakat saya mengajar kuliah, alhamdulilah orang boleh terima. Bahkan orang kata:

‘Oh! Baru kami tahu, kami kurang sangka buruk dengan orang lain. Bila solat macam lain sedikit, baru kami tahu rupanya ada solat macam itu’.

Bila tengok orang solat, ‘Allahu Akbar’ diangkat tangankan? Dia angkat tangan separas bahu, dia kata, saya pelik dulu kita sekolah angkat paras ini (telinga). Ini mazhab Syafi’ey, ini (bahu) mazhab Hanbali, ini (telinga) Hanbali juga, takdalah seorang ustaz (boleh) kata:

‘tuan-tuan kena tengok anak-anak di Universiti tu, kalau sudah macam ini aja solat (takbir separas telinga) sudah macam Batman, ha! Itu Pak Wahab!’

Apa ini? Itu bukan solat macam Batman, itu memang ada hadis (takbir) macam itu.”

– Prof Madya Dr. Rozaimi Ramle, 7/2/23, Masjid Tuanku Syed Faizuddin Putra.

#SuaraSunnah #Ashujaa #DrRozaimi #Kuips #MasjidTuankuSyedFaizuddin #Batman #Wahabi #4Mazhab #Fikah #Hanbali #Syafiey