HUKUM MAULID TERMASUK DALAM IJMAK?

HUKUM MAULID TERMASUK DALAM IJMAK?

[Hukum Maulid Termasuk Dalam Ijmak? Sedikit nasihat kepada PU Fuad]

Saya baru mendengar keratan video ini. Terkejut saya dengan huraian PU Fuad ini. Ada 2 dakwaaannya yang saya tidak setuju:

1. Dakwaan ijmak

Ijmak ini kesepakatan keseluruhan ulama tanpa khilaf. Benarkah maulid ini termasuk dalam ijmak? Jawapannya tidak. Ada khilaf dalam hukum maulid ini. Al-Fakihani, al-Syatibi, al-Syaukani antara yang membantah sambutan ini.

Di mana datang ijmaknya? Janganlah mendakwa ijmak sesuka hati. Jika nak pegang pendapat yang membenarkan tidak ada masalah. Cuma jangan dakwa ia ijmak sesuka hati.

2. Nak Run The Country Perlu 1 Mazhab dan Perbincangan?

Ustaz ini bertanya mana negeri atau negara Islam yang ada banyak pandangan dan ia selamat dan tidak bergaduh.

Wahai ustaz, tidak perlu pergi jauh. Malaysia adalah contoh ada beberapa banyak pandangan dan perbincangan dalam fatwanya. Lihat dalam bab zakat gaji. Negeri Perak pada tahun 2004 telah mewartakan fatwa bahawa zakat gaji tidak wajib selagi tidak mencukupi haul dan nisab. Sedangkan banyak negeri telah mewajibkan zakat gaji.

Ini perbezaan mazhab dalam 1 negara. Di mana kita bergaduh dalam isu ini? Alhamdulillah kita masih aman dan selamat.

Nasihat saya kepada ustaz PU Fuad, berhati-hatilah jika berkata-kata. Jangan mendakwa sesuka hati dan sesedap rasa. Buatlah sedikit homework sebelum memenuhi televisyen.

Terima kasih.

Dr Rozaimi Ramle

Link video rujukan:
Facebook

Pelawat: 1423
Hari ini: 2
Jumlah: 213276

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

X