“Tuan-tuan boleh lihat apabila mentafsirkan perkataan Firaun ‘inni la`aẓunnuhụ kaiba’ [al-Mukmin:37], ‘inni la`aẓunnuhụ minal-kazibin [al-qashash:38] Firaun kata kepada Musa – Aku anggap Musa tipu. Tipu apa? Kata At-Thabari, Musa beriman Allah di atas Arasy, saya tahu Kiyai (Hidayat Nur) baca buku itu, dia tulis dalam buku dia. At-Thabari kata Musa beriman Allah di atas Arasy. Apa kata Ar-Razi? Ar-Razi kata, siapa yang kata Musa percaya Allah di atas Arasy – dia bodoh. Dia di atas kemuncak kejahilan. Dia ikut akidah Firaun, dia sama lembam macam Firaun. Ini kata siapa? Kata Ar-Razi kepada At-Thabari. Saya tak mahu besarkan isu ini. Kalau saya hendak main permainan macam itu boleh! Tengok! Ulama Asyairah memaki salaf! Saya terpaksa buat (contoh) sebab isu ini dibawa.
Bab takfir sama juga. Kalau hendak main tentang takfir… Abu Dzar al-Harawi al-Asya’ari, ulama Asyairah, orang pertama yang membawa Asyairah di Makkah sebagaimana disebut dalam kitab-kitab sejarah. Dia yang mula-mula menyebarkan Asyairah di Makkah, apa katanya? Dia telah mengkafirkan Ibn Battah! [ al-Muntazam karya Ibn Jauzi ], Abu Bakar Bakri al-Magribi, apa dia buat? Dia mengatakan pengikut Ahmad bin Hanbal semua kafir. Dan list ini panjang kalau saya hendak go through. Apa yang saya hendak sampaikan, takfir berlaku dalam semua mazhab!”
– Ustaz Salman Ali, 11/2/2023, Dialog Fikrah KUIPs 2.0 “Wahabiah: Aliran Sesat atau Aliran Ahlu Sunnah Wal Jamaah?
#SuaraSunnah #Ashujaa #UstazSalmanAli #Kuips #DialogFikrah #UstazEngku #TheCapal #Asyairah #Wahabi #4Mazhab #Fikah #Hanbali #Syafiey #Takfiri #SalmanDahPutih