KHALWAT ANTARA GISB DAN ASWAJA?
- 11/09/2024
- admin
- Comment: 0
- Aqidah, Dakwah, Ekonomi Islam, Ibadah, Kemasyarakatan, Pendidikan Agama
Tidak hairan mengapa isu GISBH ini tidak begitu mendapat sambutan di kalangan ASWAJA, tidak seperti ceramah berapi-api mereka berkaitan wahhabi.
Selain mempunyai persamaan dari sudut songkok tinggi (seperti sebahagian pembela tariqat), mereka (yakni ASWAJA dan GISBH) serupa dari banyak aspek, antaranya seperti berikut 👇🏼:
1. GISBH mengaku berakidah sama seperti ASWAJA -1-.
2. ASWAJA ada ustaz yang telan kahak guru -2-, maka GISBH pun apa kurang, bertabarruk hembusan nafas ketua -3 -.
3. ASWAJA marah pada wahhabi, sampai kata anak haram Yahudi -4-, GISBH juga menyamakan wahhabi dan Yahudi -5-.
4. ASWAJA -6- dan GISBH -7- sama-sama ada sambutan maulid dan haul.
5. ASWAJA bertabarruk dengan rambut -8-, GISBH bertabarruk dengan bulu -9-.
6. ASWAJA ada tariqat Naqsyabandi yang meyakini ketuanya masih hidup walaupun telah mati -10-. Tidak kurang GISBH yang meyakini bahawa ketua mereka juga masih hidup -11-.
Sebagaimana kita sedia maklum, mereka yang memusuhi wahhabi pasti ada yang membaca hadis palsu, melakukan amalan bidaah atau kepercayaan khurafat. Kerana tiga hal ini amat ditentang oleh golongan wahhabi.
Cuma kita hairan, walaupun terlalu banyak bukti telah didedahkan, masih belum ada tangkapan. Jika nak tangkap basah, sebelum kering telah diserbu, walaupun tersalah tangkap suami isteri, masih tidak serik.
Berbeza pula dengan parasit yang jelas, tetapi jabatan tertentu masih malu-malu bertindak dan bersuara.
Sebenarnya banyak persamaan antara ASWAJA dan GISBH. Apakah takut cubit paha kanan (GISBH), lalu paha kiri (ASWAJA) akan rasa sakit?
Kita harap janganlah bekerja hanya untuk penuhkan temolok sahaja, tapi bekerjalah seperti bertengkolok Olang Menyongsong Angin.
LAMPIRAN:
1. https://www.sinarharian.com.my/article/684587/berita/nasional/gisb-dakwa-difitnah-terlibat-penyelewengan-akidah
2. https://youtu.be/X2vUoGZHn6o?si=Uv0I5Mz2GklieEhF
3. https://www.facebook.com/share/p/cWvQFNCu8TF9Ccee/?mibextid=oFDknk
4. https://youtu.be/4r5qBU6AWXY?si=je_OdIyGKEEIT8ec
5. https://youtu.be/MkqzPZ8YsJI?si=eSNM8J_dDiJoPq0e
6. https://www.facebook.com/share/p/QHjd9AcXJ8Ai2JDX/?mibextid=oFDknk
7. https://www.facebook.com/share/v/PLAm6r7jc8A6FmjF/?mibextid=oFDknk
8. https://youtu.be/0uuBW7zDUnQ?si=PP2WQkSOXHAnNZVu
9. https://www.facebook.com/share/r/8CUBVuexNmqJ716J/?mibextid=oFDknk
10. https://naqshabandi.org/2024/05/16/shaykhs-will-return-before-the-day-of-judgement-lokman-effendi-contradicts-sunni-theology/
11. https://www.facebook.com/share/v/uTvqqjw354bR9Jt7/?mibextid=oFDknk