“Saya ingin mengingatkan pihak kerajaan, mereka ini adalah barah dalam masyarakat. Fanatik. Buku yang mereka cetak itu, Ibn Tumart, punyalah ekstrim. Buku yang mereka cetak itu “Akidah Mursyidah” itu (tulisan) Ibn Tumart. Dia kata Muhammad bin Abdul Wahab, penganaslah apa? Pertama kita beritahu, kita di Perlis tak ada buku Muhammad bin Abdul Wahab sebagai sukatan. Saya sendiri jarang baca buku dia, pernah tengok lembaran-lembaran buku dia, takda buku dia ang kita khatam pun fasal orang lain tulis lebih menarik. Takdalah kerana kita tak baca buku dia, kita hendak tuduh dia. Tapi hendak menuduh orang, dia kata ‘Oh! Kalau awak bela dia ertinya awak mazhab dialah!’ Oh! Susah macam itu. Satu orang pukul orang bukan Islam, kita kata ‘fasal apa awak pukul dia? Dia tak salah.’ (dia kata) Oh! Hang kafir sekali dengan dia. Sedangkan Nabi S.A.W cerita, siapa yang zalim kepada orang bukan Islam, beban dia luar keupayaan dia, ambil yang bukan hak daripada dia, aku (Nabi) pembelanya pada hari kiamat!
Ibn Tumart inilah yang buku depa duk cetak sekarang ini, duk edarkan. Seorang penganas diangkat menjadi tokoh akidah. Ini ada kaitan. Negara kita tak pernah bawa idea-idea ini. Sebab itu tuan-tuan tengok mereka ini berlumba-lumba mendakwa (berakidah) Asyairah, kita takda masalah… banyak sangat isu-isu Asyairah ini, cumanya Asyairah ini dia bukan cerita sembah kubur tak kubur, ini bukan cerita Asyairah! Asyairah ini ialah cerita tentang ilmu kalam, masalah takwil, tak takwil. Tuan-tuan hendak tahu Asyairah kena baca buku dialah “Maqālat al-Islāmiyyin” Abu Hasan Asya’ari hayat hidup 40 tahun sebagai muktazilah, bermimpi dalam satu malam terus bertukar menjadi ahli Sunnah, selama ini dia berguru, gurunya Abu Ali al-Jubba’i yang merupakan bapa mentua dia. Seorang muktalizah, takpalah dia tokohlah dalam perbahasan dan dialog. Tapi hayat dia sepanjang ini ialah hayat muktazilah kemudian dia berubah mengambil pendekatan yang dekat dengan apa yang dipegang oleh salafussoleh.
Yang menjadi masalah dalam negara kita sekarang ini (ialah) yang Abu Hasan Asya’ari tak pernah cakap langsung. Masalah hendak panggil orang mati, kalau awak nak doa “Ya Allah” terus! Tak mahu dekat “Wahai wali tolong!”, yang itu Wahabi! Kau bayangkan? Orang yang kata doalah terus kepada Allah. Wahabi! Kalau kita boleh panggil apa sahaja dengan syarat niat kita tahu yang berkuasa (hanya) Allah. Takdalah sembahan yang syirik! Yang sembah pokok yang sembah apa dalam dunia ini semua mengatakan “Allah yang memberi..”, tuan-tuan tengok yang sujud di batu, mereka pun tak bodoh kata batu itu boleh tolong mereka, ia ialah perantara mereka dengan Tuhan. Tapi apa ideanya setelah buat semua benda ini? Ini Abu Hasan Asya’ari. Mai kok mana Abu Hasan Asya’ari benda ini? Ini adalah versi kamu. Sudahlah kamu ambil versi itu, orang yang tak mahu (jadi) macam kamu! (Dituduh) wahabi sesat!”
– Dr. MAZA, 16/2/2023, Masjid Alwi.
#SuaraSunnah #DrMAZA #Asyairah #ASWAJA #IbnTumart #Perlis #Ashujaa
#Wahabi #TheCapal #Mujassimah #IlmuKalam