Maulidur Rasul Antara Sunnah dan Bid’dah
- 25/09/2023
- admin
- Comment: 0
- Sejarah Islam
MAULID 9 RABI’ULAWWAL
Sofiyurrahman al-Mubarakfuri menyatakan:
ولد سيد المرسلين بشعب بني هاشم بمكة في صبيحة يوم الاثنين التاسع من شهر را ر ربيع الأول ، لأول عام من حادثة الفيل ولاربعين سنة خلت من ملك کسری ابوشروان، ويوافق ذلك عشرين أو اثنين وعشرين من شهر أبريل سنة ٥٧١ م
Maksudnya: “Penghulu para nabi, Nabi Muhammad -SAW- dilahirkan daripada Bani Hasyim di (Mekah pada Isnin pagi, 9 RABIUL AWAL pada tahun terjadinya Peristiwa Gajah atau setelah berlalu 40 tahun pemerintahan Kisra Anusyirwan di Parsi bersamaan dengan 20 atau 22 April tahun 571 M.” (Raheeq al-Makhtum)
Ulama sepakat bahawa Nabi SAW lahir pada hari Isnin di tahun Gajah, sedang para tarikh bahkan pada bulan kelahiran ada khilaf, ini sebagaimana Imam al-Nawawi berkata:
والصحيح المشهور : أنه (ولد) عام الفيل …الإجماع عليه، واتفقوا على أنه ولد يوم الإثنين من الأول . شهر ربيع واختلفوا هل هو في اليوم الثاني، أم الثامن، أم العاشر، أم الثاني عشر؟ فهذه أربعة أقوال مشهورة.
Maksudnya: “Yang shahih lagi masyhur adalah bahwa beliau dilahirkan pada tahun Gajah…ijma’ atas hal itu, dan ijma bahwa Nabi SAW dilahirkan pada hari Senin bulan Rabi’ul Awwal.
Terdapat khilaf (tarikh kelahiran) apakah pada hari kedua, kelapan, kesepuluh, atau kedua belas? Ini adalah empat pendapat yang masyhur.” (Tahzib al-Sirah al-Nabawiyyah)
Andai Nabi SAW sambut ‘birthday’ beliau atau ada salah seorang sahabat yang sambut maulid, tentu tidak wujud perbezaan penentuan tarikh ini. Al-Suyuti menukil kalam Ibn Hajar al-Asqalani, katanya:
أصل عمل المولد بدعة ، لم تنقل عن أحد من السلف الصالح من القرون الثلاثة…
Maksudnya: “Asal dalam amalan sambutan peringatan Maulid adalah bid’ah yang tidak diriwayatkan dari ulama Salaf al-Soleh dari tiga kurun yang awal…” (Al-Haawi Lil Fataawa)
Siapa tiga kurun awal? Merekalah yang disabdakan Nabi sebaik-baik manusia:
خَيْرُ النَّاسِ قَرْنِي، ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ، ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ
Maksudnya: “Sebaik-baik manusia adalah kurunku. Kemudian kurun selepas daripada mereka dan kemudian kurun selepas daripada mereka.” (HR al-Bukhari)
Al-Qadhi ‘Iyadh dan Ibn al-Taimiyah menukil kalam Imam Malik yang memberi solusi membaiki umat adalah dengan meneladani 3 kurun awal tersebut:
لن يصلح آخر هذه الأمة إلا بما صلح به أولها
Maksudnya: “Tidak akan dapat membaiki umat sekarang memainkan dengan apa yang telah membaiki umat terdahulu.” (Al-Syifaa dan Majmu’ al-Fatawa)
Apa-apa yang tiada halangan dilaksanakan pada zaman itu, namun tidak dilaksanakan, maka tak perlu ia dilakukan kini.
Kerana masalah melawan sunah, bahkan melawan Nabi telah ada pada zaman Nubuwah, tapi ia tak pernah diselesaikan dengan maulid, sebaliknya dengan penerapan ilmu, bukan dengan majlis nyayian dan makan-makan.
Editor: Loha
9 Rabi’ulawwal 1445