MUHIB KHOULI GAGAL MENGURUS KRITIK

3 Views

Muhib Khouli Gagal Mengurus Kritik & Pujian Ulama al-Jarh wa al-Ta’dil Terhadap Seseorang Tokoh

Mohib Khouli gagal memahami dengan baik hatta pada riwayat pertama yang dibawanya untuk mengkritik Imam Abu Hanifah, riwayat bilangan 760 daripada Raqabah yang berkata:


سَمِعت أبي يَقُول مر رجل بِرَقَبَة فَقَالَ لَهُ رَقَبَة من أَيْن جِئْت قَالَ من عِنْد أبي حنيفَة قَالَ كَلَام مَا مضغت وَترجع إِلَى أهلك بِغَيْر ثِقَة

Terjemahan Muhib Khouli: “… Engkau akan kembali kepada keluarga engkau tanpa ilmu daripada thiqah.”

Sedangkan riwayat ini bukan satu kritikan dari Raqabah kepada Abu Hanifah jika Mohib Khouli dapat memahaminya dengan baik.

Maksud sebenar kepada ungkapan ini ialah: “engkau kembali kepada keluarga membawa pandangan (الرأي) Abi Hanifah yang mungkin dia akan mengubah pandangannya.” Ini bukan satu celaan kepada Abu Hanifah.

Abu Hanifah sememangnya biasa menukar pandangannya apabila jelas kepadanya kebenaran sebenar. Perkara ini biasa di kalangan ulama yang sezaman dengannya. Kerana tu ada riwayat dari Zufar, salah seorang sahabat Abu Hanifah yang berkata:


كنا نختلف إلى أبي حنيفة … فقال يومًا أبو حنيفة لأبي يوسف: ويحك يا يعقوب لا تكتُبْ كلَّ ما تسمعه مني، فإني قد أرى الرأي اليومَ فأتركه غدًا، وأرى الرأي غدًا فأتركه بعد غد

Maksudnya: “Kami berulang balik menemui Abu Hanifah… Satu hari Abu Hanifah berkata kepada Abu Yusuf: “Teruk kamu ini wahai Ya’qub. Jangan kamu tulis setiap yang kamu dengar daripadaku. Sesungguhnya mungkin aku memberi satu pandangan pada hari ini, kemudian aku meninggalkannya keesokan harinya. Mungkin juga aku memberi satu pandangan pada esok hari, aku tinggalkan pula pandangan itu pada lusanya. “

Lihat: التنكيل بما في تأنيب الكوثري من الأباطيل oleh al-Mu’allim al-Yamani jilid 10, halaman 425.

Ini satu bukti Mohib Khouli gagal berinteraksi dengan bahan para ulama. Bukan tiada jawapan untuk setiap fitnah beliau kepada Imam yang mulia Abu Hanifah RH. Akan tetapi bukan semua orang sanggup korbankan masa berharganya untuk menjawab satu² fitnah disebabkan kejahilannya.

Penulis: Ustaz Mohamad Abdul Kadir Bin Sahak (Pegawai Jabatan Mufti Negeri Perlis)
7 Jamadilawwal 1445H

Pelawat: 0
Hari ini: 0
Jumlah: 0

Ikuti Kami Di Media Sosial

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *