RESPON POSTING ENGKU FADZIL

2 Views

Respon Posting Engku Fadzil

FACEBOOK

Kisah yang disebut oleh Ibn al-Jauzi dalam al-Wafa’ Bi Ahwal al-Mustafa 2/559 tanpa disertakan sanad. Kata Ibn al-Jauzi: “Daripada Abi Bakr al-Muqri’ yang berkata: “Aku pernah bersama al-Tabarani dan Abu al-Syeikh di Haram (Madinah) Rasulullah SAW… seterusnya beliau menyebut kisah yang dinyatakan.

Demikian juga al-Zahabi dalam Tarikh al-Islam 8/525, daripada Abi Bakr ibn al-Muqri’, al-Zahabi riwayatkan dalam Siyar A’lam al-Nubala 16/400, dalam Tazkirah al-Huffadz 3/121 dengan Sighah al-Tamridh “رُوِيَ”.

Riwayat kisah tanpa sanad dan dengan Sighah Tamridh seumpama ini menunjukkan al-Imam Ibn al-Jauzi dan al-Imam al-Zahabi ingin memberi isyarat kisah tersebut tidak dapat dipastikan asal-usulnya. Maka ia tidak boleh dijadikan sandaran sama ada dalam bab hukum-hakam, apatah lagi dalam bab akidah.

Perkara seperti ini dapat diperhatikan dengan hati yang ingin mencari kebenaran. Namun jika yang dicari bukan kebenaran, sebaliknya asal mencari ada alasan untuk mengiyakan kefahaman, pasti tidak akan nampak tanda tersebut.

Ditambah lagi, jika berdasarkan riwayat al-Zahabi antaranya dalam Siyar A’lam al-Nubala’ dinyatakan Abu Bakr ibn alMuqri’ menyatakan yang menyebabkan mereka tidak makan adalah dengan katanya: فضَاقَ بِنَا الوَقْتُ “kami kesempitan waktu”. Jika ini sebabnya, maka ia bertentangan dengan perkataan yang kononnya dari al-Tabarani yang berkata: الرزق أو الموت “sama ada kita perolehi makanan atau mati”. Bagaimana kenyataan ini boleh keluar, jika mereka tidak makan bukan kerana tiada makanan. Sebaliknya kerana kesempitan waktu?

Editor: Ustaz Mohamad Abdul Kadir Bin Sahak (Pegawai Jabatan Mufti Negeri Syariah)
24 Rabi’ulawal 1445H

Pelawat: 0
Hari ini: 0
Jumlah: 0

Ikuti Kami Di Media Sosial

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *