“Di dalam sejarah pembaharuan dalam dunia ini, enjin reform, isi reform-pembaharuan tak akan boleh berlaku jika ia diisi oleh konservatif. Tak akan berlaku! Ia boleh berlaku, ada serban, menyanyi-nyanyi sedikit, boleh! Reform hendaklah dilakukan oleh golongan progresif yang mempunyai idea tentang Islam yang berupaya menghadapi segala cabaran zaman. Rashid Rida, Muhammad Abduh hatta Hamka, hatta di mana-mana sahaja semua mereka bukan mazhab konservatif – yang kata tak boleh keluar mazhab, siapa keluar mazhab sesat, itu tak jalan! Dia mesti seorang yang mempunyai idea yang luas!

Enjin reform hendaklah progresif, kalau setakat hendak cerita Asyairah-Maturidiyah, hendak cari siapa tak Asyairah-Maturidiyah, kita tak boleh kawan dengan dia. Itu tak payah! Kalau hendak buktikan reform, buktikan Wilayah Persekutuan negeri yang berkuasanya Kerajaan Persekutuan itu di-reform! Ini Nouman Ali Khan pun tak boleh? tokoh ini pun tak boleh? Siapa hendak masuk ini pun tak boleh? Apa punya madani? Saya tahulah bukan kerajaan sekarang yang punca tapi kena ubah siapa yang menguasai urusan agama dalam tempat-tempat yang seperti itu. Buktikan progresifnya kerajaan dengan bersedia menerima kepelbagaian idea dalam sebuah negara yang diangkat sebagai civil society atau pun negara yang madani, yang kuat masyarakatnya”. – Dr. MAZA, 2/2/23, Masjid Alwi, Perlis

#SuaraSunnah #DrMAZA #Ashujaa #Reformasi #WilayahPersekutuan #Tajdid #AnwarIbrahim #MalaysiaMadani