Syaikh Usman Fodio ini adalah tokoh pembaharuan Nigeria, Afrika. Dia melakukan gerakan pembaharuan dan menghadapi kemungkaran di zamannya.
Cuma zaman ini, yang menjadi masalah di zaman ini, suasana kita terlalu dipengaruhi media dan penguasaan Barat sehingga kita takut untuk menyebut nama-nama tokoh-tokoh Islam yang besar. Takut nanti orang kata kita terrorist, atau pun takut nanti orang tuduh kita terpengaruh dengan idea jihad dan seumpamanya. Sedangkan macam Usman Fodio, dia berjihad menghadapi penjajahan pada zaman dia di Afrika. Hari ini ramai tokoh-tokoh, orang tak mahu sebut nanti dianggap tidak serasi dengan Barat, bukan sahaja takut kepada Barat bahkan takut kepada negara-negara orang Islam sendiri yang mungkin rasa dengan menyebut nama-nama itu akan menjadi masalah” Dr. MAZA, 2/2/23, Masjid Alwi, Perlis.

#SuaraSunnah #DrMAZA #UsmanFodio #Viral #Tajdid #Perlis #Ashujaa #Nigeria #MasjidAlwi