USTAZ JADI ARTIS IKUT MAZHAB MANA?

4 Views

Pernah anda dengar kenyataan-kenyataan seperti ini:

“Mereka itu tak ikut mazhab al-Syafie”,
“Mereka menolak mazhab al-Syafie”,
“Mereka rasa mereka lebih pandai dari imam al-Syafie”,
“Mereka tak ikut mazhab, mengelirukan masyarakat”. Dan yang seumpamanya?

Semua kenyataan itu ibarat kata periuk, belanga hitam!

Ini kerana terdapat ramai dalam kalangan manusia yang ber’title’ ustaz, namun bernyanyi dengan iringan muzik, duduk dalam rancangan radio yang ada muzik dan sebagainya.

Sedangkan, dalam mazhab al-Syafie jelas mengharamkan muzik. Ini sebagainana dikatakan oleh Imam al-Syafie:

“Sesungguhnya nyanyian adalah makruh menyerupai sesuatu yang batil, dan barang siapa yang banyak melakukannya maka dia seorang yang bodoh dan ditolak kesaksiannya.” (Al-Umm)

Ibn al-Jauzi yang berakidah Asya’irah, menambah: “Sahabat-sahabat Imam al-Syafie mengingkari perbuatan mendengar nyanyian.” (Talbis Iblis)

Imam al-Nawawi seorang pakar mazhab al-Syafie berkata: “Para ulama bersepakat atas haramnya upah yang diperoleh oleh penyanyi dalam aktiviti nyanyian.” (Syarh Sahih Muslim)

Imam Ibn Hajar al-Haitami yang juga bermazhab al-Syafie berkata: “Ijmak akan pengharaman alat muzik, bahawa sesiapa yang menyatakan bahawa ada khilaf dalam isu ini, dia telah melakukan kesilapan atau dikuasai hawa nafsu, hingga dia memekakkannya dan membutakannya (daripada mendengar dan melihat kebenaran).” (Kaff al-Ri’aa)

Muzik dinyatakan haram oleh imam al-Syafie sendiri, serta para pendukung mazhab al-Syafie.

Tidakkah apabila ustaz mendakwa bermazhab Syafie menyanyi, pasti akan menyebabkan masyarakat keliru dengan mazhab sendiri?

Hairan dengan sebahagian “ustaz” aswaja, yang terus masuk gua apabila rakan sendiri langgar fatwa mazhab yang kononnya dianuti. Apakah mereka sedang sibuk mewarna cindai dalam fatwa pengharaman muzik?

Kesimpulannya, jika kita sendiri tak mampu ikut sepenuhnya mazhab al-Syafie, janganlah kondem orang lain yang tidak terikat dengan satu mazhab. Inilah mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih!

Editor: Loha
27 Ramadan 1445H

Pelawat: 0
Hari ini: 0
Jumlah: 0

Ikuti Kami Di Media Sosial

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *