“Apa pun benda kita hendak faham dalam agama, saya kata kita balik pada asasnya halal itu apa? Hukuman Allah, maksudnya halal kalau awak makan, awak lakukan itu halal bererti Tuhan tidak menghukum awak di akhirat kelak bahkan awak dapat pahala jika mencari yang halal itu. Haram bermaksud jika awak lakukan benda itu, berdosa, Tuhan mengambil tindakan ke atas awak di akhirat kelak.
Kalau kita faham itu, maka kita fahamlah apa yang pihak tertentu kata halal tetapi dia kata tak bagi logo halal belum tentu ia haram. Kedai Mak Timah tepi jalan tak ada cop halal, kita pergi, kita makan di kedai dia. Kita tengok dia Muslimah, dia meniaga halal. Kita tanya cop halal mana?
‘Tak tahu’ dia kata. ‘Halal apa? Ayam pun sehari seekor aja goreng’.
Ayam beli mana? ‘Beli kedai di pasar’.
Pasar itu masa dia sembelih, dia baca bismillah tak? Pergi dengar tak?.
Agama tak suruh sampai begitu… Kalau ada cop halal baguslah. Kalau tak ada cop tak semestinya benda itu jadi haram. Ia bukan komersil, ia hukum Tuhan. Baguslah usaha JAKIM ke, apa ke, letakkan cop, cuma dia letakkan syarat-syarat ketat. Baguslah untuk pengoperasian tetapi halal lebih mudah dari itu. Pengoperasian mestilah hendak ada standard. Kita makan di luar negara.. tengok zahirnya halal…. halallah! – Dr. MAZA, 19/1/23, Masjid Alwi.
#SuaraSunnah #DrMAZA #Jakim #LogoHalal #Perlis #Ashujaa