Table of Contents
DAHLAH MULUT BUSUK, BADAN PUN BUSUK… PORAK PERANDA SATU SAF!
Daripada Ibn Umar RA beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ أَكَلَ مِنْ هَذِهِ الشَّجَرَةِ ـ يَعْنِي الثُّومَ ـ فَلاَ يَقْرَبَنَّ مَسْجِدَنَا
Maksudnya: Sesiapa yang makan dari pohon ini – iaitu bawang putih – maka janganlah dia mendekati masjid kami. [Riwayat Al-Bukhari].
Dalam riwayat yang lain Rasulullah SAW menyebut:
وَلاَ يُؤْذِيَنَّا بِرِيحِ الثُّومِ
Maksudnya: Janganlah dia menyakiti kami dengan bau bawang tersebut. [Riwayat Muslim].
Fiqah dan faedah yang boleh dikeluarkan dari hadis ini adalah, dilarang bagi seseorang yang memakan makanan yang berbau busuk kemudian menghadirkan diri ke masjid bagi solat berjemaah. Ini kerana, solat berjemaah bukan semata melibatkan hubungan seseorang dengan Allah SWT, bahkan dalam masa yang sama ia melibatkan hubungan manusia sesama manusia.
Larangan di dalam hadis tersebut tidaklah merujuk kepada bawang putih atau bawang merah sahaja, bahkan turut meliputi segala makanan lain atau selain makanan seperti bau badan, rokok yang menghasilkan bauan yang busuk yang boleh menyebabkan gangguan kepada para jemaah yang lain.
#SuaraSunnah
#Ashujaa
MUSLIM ITU BERSAUDARA
Allah berfirman:
إِنَّمَا ٱلْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا۟ بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ ۚ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ
Ertinya: “Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara. Damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat” [Quran, surah Hujurat: 10].
Daripada Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu, bahawa Nabi salallahu ‘alaihi wassalam bersabda:
لاَ يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ، حَتَّى يُحِبَّ لِأَخِيهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ
Maksudnya: “Tidak beriman seseorang itu sehingga dia kasih kepada saudaranya sebagaimana dia kasih kepada dirinya sendiri.” [Riwayat al-Bukhari (13)].
#SuaraSunnah
#Ashujaa
#Saudara
#KasihSayang
#Muslim
MEMAAFKAN KESALAHAN SAUDARANYA
Allah ta’ala berfirman: [Maksudnya]“Dan termasuk (orang-orang yang bertaqwa) orang-orang yang menahan amarah dan memaafkan (kesalahan) orang lain. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebaikan.” [Quran, surah Ali Imran: 134]
Secara umumnya, Islam menggalakkan agar memaafkan kesalahan orang lain. Tetapi seseorang diharuskan untuk tidak memaafkan kerana manusia itu mempunyai hak untuk membalas atau menuntut kembali sesuatu jika dia dizalimi dan diambil barang-barang kepunyaannya. Walaupun begitu, lebih utama untuk memaafkan kesalahan orang lain bagi menjaga kesucian hati dan jiwa kita. Wallahua’lam.
#SuaraSunnah
#Ashujaa
#Saudara
#Maaf
APA PUN JAWATANNYA, LANTIKLAH YANG AHLI DALAM BIDANGNYA!
“Syarat Mufti dan pegawai Fatwa mesti menguasai Bahasa Arab memang disebut dalam kitab kitab usul. Kalau jahil bahasa Arab dan tidak mampu bertutur bahasa Arab dengan baik, mana mungkin mampu untuk mentelaah rujukan ilmu Islam dan syarak yang semuanya dalam Bahasa Arab yang tinggi mutunya.
Pihak berkuasa yang melantik Mufti dan pegawai Fatwa hendaklah melihat sudut ini sebagai satu kemahiran kemestian yang menjadi syarat utama untuk menerima tugasan yang berat ini”. – Dr. Juanda Jaya, Timbalan Menteri Jabatan Premier Sarawak, Mantan Mufti Negeri Perlis, 6/7/2024
#SuaraSunnah
#Ashujaa
#Mufti
SUNNAH KETIKA MENGUAP
Daripada Abu Sa’id al-Khudri radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah salallahu ’alaihi wassalam bersabda:
إِذَا تَثَاءَبَ أَحَدُكُمْ فَلْيُمْسِكْ بِيَدِهِ عَلَى فِيهِ، فَإِنَّ الشَّيْطَانَ يَدْخُلُ
“Apabila seseorang daripada kamu menguap maka hendaklah dia tutup akan mulutnya dengan tangannya kerana sesungguhnya syaitan akan masuk (ke dalam mulut orang yang menguap itu).” [Hadis riwayat Muslim]
Manakala dalam riwayat lain pula; Diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A, Nabi SAW bersabda:
إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ العُطَاسَ، وَيَكْرَهُ التَّثَاؤُبَ، فَإِذَا عَطَسَ فَحَمِدَ اللَّهَ، فَحَقٌّ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ سَمِعَهُ أَنْ يُشَمِّتَهُ، وَأَمَّا التَّثَاؤُبُ: فَإِنَّمَا هُوَ مِنَ الشَّيْطَانِ، فَلْيَرُدَّهُ مَا اسْتَطَاعَ، فَإِذَا قَالَ: هَا، ضَحِكَ مِنْهُ الشَّيْطَانُ».
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah menyukai perbuatan bersin dan benci perbuatan menguap. Apabila seseorang itu bersin lalu dia memuji Allah, maka menjadi hak bagi setiap muslim yang mendengarnya untuk mendoakannya.
Adapun menguap, ia daripada syaitan. Hendaklah dia menolaknya semampu mungkin. Apabila dia mengatakan “haa!” (bunyi menguap), maka syaitan akan ketawa disebabkannya.” Riwayat al-Bukhari (6223)
#SuaraSunnah
#Ashujaa
#Menguap
#Bersin
#Sunnah
SUNNAH KETIKA MENURUNI TEMPAT TINGGI
Daripada Jabir bin Abdillah R.Anhuma, beliau berkata:
كُنَّا إِذَا صَعِدْنَا كَبَّرْنَا وَإِذَا نَزَلْنَا سَبَّحْنَا
Maksudnya: Kami apabila mendaki ke tempat yang tinggi, maka kami bertakbir. Dan apabila kami menuruni lurah atau tempat yang lembah, nescaya kami bertasbih. Riwayat al-Bukhari (2993)
Menurut bahasa, perkataan tasbih merupakan bentuk masdar dari “سَبَّحَ ، يُسَبِّحُ ، تَسْبِيْحًا”, yang berasal daripada perkataan sabh (سَبْحٌ) iaitu ucapan menyucikan Allah SWT.
#SuaraSunnah
#Ashujaa
#Takbir
#Tasbih
SUNNAH KETIKA MENYARUNG KASUT
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
إِذَا انْتَعَلَ أَحَدُكُمْ فَلْيَبْدَأْ بِالْيُمْنَى، وَإِذَا خَلَعَ فَلْيَبْدَأْ بِالشِّمَالِ، وَلْيُنْعِلْهُمَا جَمِيعًا، أَوْ لِيَخْلَعْهُمَا جَمِيعًا
Maksudnya: “Apabila seseorang daripada kamu ingin memakai selipar maka mulakanlah dengan kaki kanan. Manakala, apabila kamu ingin membuangnya maka mulakanlah dengan kaki kiri atau pakailah keduanya serentak atau membuangnya secara serentak”. [Riwayat Muslim (2097)]
#SuaraSunnah
#Ashujaa
#AmalSunnah
#SunnahNabi
SUNNAH KETIKA MENAIKI TEMPAT TINGGI
Daripada Abu Hurairah R.A, dia berkata:
أَنَّ رَجُلاً قَالَ : يَا رَسُولَ اللهِ ، إِنِّي أُرِيدُ أَنْ أُسَافِرَ فَأَوْصِنِي ، قَالَ : عَلَيْكَ بِتَقْوَى اللهِ ، وَالتَّكْبِيرِ عَلَى كُلِّ شَرَفٍ
Maksudnya: Bahawasanya ada seorang lelaki berkata, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku hendak berjalan jauh. Maka berilah wasiat kepadaku.
Baginda bersabda, Engkau hendaklah bertakwa kepada Allah dan bertakbir ketika menaiki di tempat yang tinggi.” [Riwayat al-Tirmizi (3445)]
Syeikh al-Mubarakfuri berkata: Pesanan supaya bertakwa kepada Allah, supaya sentiasa takut dan berwaspada dari melakukan maksiat kepada-Nya.
Sedangkan perintah untuk bertakbir pada tempat yang tinggi kerana sifat ketinggian disukai oleh nafsu yang boleh merasakan takabbur lantas diperintahkan orang yang terkeliru dengan hal ini agar diperingatkan dengan kebesaran Allah.
Di samping itu, ia melahirkan kesyukuran kepada-Nya dan akan mendapat lebih banyak kurniaan Tuhan. (Lihat Tuhfah al-Ahwazi, 9/406)
#SuaraSunnah
#Ashujaa
#Takbir
BIAWAK SAHUT PANGGILAN NABI SAW LALU MELAFAZ SYAHADAH
Berikut adalah beberapa pendapat ulama terhadap kisah biawak yang beriman ini:
• Imam Ibn Kathir berkata di dalam al-Bidayah: Pada kisah ini terdapat keganjilan dan aneh.
• Ibn Dihyah mengatakan di dalam al-Khasais: Ini adalah kisah palsu.
• Imam al-Zahabi pula berkata di dalam al-Mizan: Kisah ini adalah bathil.
• Imam al-Hafiz Ibn Hajar berkata di dalam al-Lisan: Kisah ini bathil kerana salah seorang daripada perawi di dalam kisah ini iaitu Muhammad bin Ali bin al-Walid al-Sulami al-Basri adalah munkar al-Hadith.
Imam Muslim meriwayatkan pesanan Muhammad ibn Sirin: “Sesungguhnya ilmu ini adalah agama, maka hendaklah kalian melihat daripada siapa kalian mengambil agama kalian.” [Mukadimah Sahih Muslim]
#SuaraSunnah
#Ashujaa
#KisahDongeng
DOA KELUAR TANDAS
Apabila seseorang muslim itu keluar daripada tandas maka disunatkan untuk membaca:
غُفْراَنَكَ
Maksudnya: “(Aku memohon) keampunanMu”. (Hadis riwayat Abu Daud dan al-Tirmidhi dan dinilai sahih oleh al-Nawawi dan al-Dhahabi).
Tujuan memohon ampun ketika keluar dari tandas adalah kerana bimbang terkurangnya rasa bersyukur kepada Allah atas nikmat yang dikurniakan berupa kurniaan makanan, penghadaman seterusnya memudahkan pembuangan najis.
#SuaraSunnah
#Ashujaa
#Doa
AIR MANDI JENAZAH NABI SAW
Imam Muslim meriwayatkan pesanan Abdullah Ibn al-Mubarak: “Isnad (sanad) menurutku adalah agama. Kalaulah tanpa sanad, sesiapa sahaja akan bercakap apa sahaja (dalam urusan agama).” [Mukadimah Sahih Muslim].
“TIDAK ADA athar yang thabit menceritakan tentang lebihan air yang dibuat mandi jenazah Nabi SAW. Jika ada sesuatu yang berlaku sudah tentu hal itu diriwayatkan kepada kita oleh para sahabat baginda.
Seorang yang berakal dan jelas panduan beragamanya akan mengambil pengajaran dari kewafatan baginda SAW dan hukum-hakam yang ada untuk diamal dan dicontohi. Bukan menyebarkan cerita-cerita yang tidak diketahui asal usulnya.
Jika ditanya kepada ustaz tersebut dari mana dia ambil cerita tersebut, sudah tentu dia tidak akan dapat mendatangkan sumber sama sekali melainkan cerita orang itu dan orang ini.
Jika demikian cara beliau mengambil maklumat agama, apakah agama yang diamalkannya? Agama mimpi dan bualan orang ramai???
Jika maklumat berkaitan agama diambil dari mimpi dan bualan orang, maka tidak perlu adanya al-Quran. Tidak perlu juga para ulama bersusah-payah memasti dan mengasingkan hadis-hadis yang sahih dari yang tidak sahih. Sia-sialah kerja mereka. Kerana kita mabuk dengan cerita-cerita mimpi dan bualan orang.
Mendakwa tempat didirikan masjid adalah tempat turunnya air lebihan mandian jenazah Nabi SAW adalah termasuk perkara ghaib yang memerlukan sandaran kukuh. Tidak boleh dibina keyakinan ini hanya berdasarkan mimpi.
Kisah kewafatan Nabi SAW diceritakan oleh para sahabat Nabi. Tetapi tiada dalam riwayat tersebut yang menceritakan air tersebut disejat atau meruap menjadi awan.
Ada hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad daripada Ja’far bin Muhammad yang berkata tentang air lebihan mandian jenazah Nabi yang diminum oleh Ali bin Abi Tolib:
كَانَ الْمَاءُ مَاءُ غُسْلِهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حِينَ غَسَّلُوهُ بَعْدَ وَفَاتِهِ يَسْتَنْقِعُ فِي جُفُونِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَكَانَ عَلِيٌّ يَحْسُوهُ
Maksudnya: “Air tersebut ialah air mandian baginda SAW ketika mereka memandikan baginda setelah wafat. Air itu berkumpul di kelopak mata Nabi SAW, dan Ali meminumnya.”
Syeikh Syu’aib al-Arnauth setelah meneliti riwayat ini menilai sanadnya sebagai dhaif atau lemah.
Imam al-Nawawi berkata:
وأما روي أن عليا لما غسله اقتلص ماء محاجر عينيه فشربه وأنه ورث بذلك علم الأولين والآخرين ، فليس بصح
Maksudnya: “Dan adapun yang diriwayatkan bahawa ‘Ali ketika memandikan baginda SAW, beliau meminum air di dua kelopak mata baginda, dan beliau mewarisi ilmu awal dan akhir, bukanlah riwayat yang sahih.” (Lihat Jam’ al-Wasail Syarh al-Syamail oleh ‘Ali al-Qari 274. Cetakan Dar al-Aqsa)
Seperti yang saya telah nyatakan, dakwaan ustaz selebriti tersebut tidak ada dinyatakan dari riwayat-riwayat yang sahih sama sekali. Bersihkan agama dari mimpi dan bualan orang ramai.”
– Bin Sahak, 1 Jan 2016
AJK Fatwa Negeri Perlis.
#SuaraSunnah
#Ashujaa
#EdisiPendongengTersohor
#AirMandianJenazahNabi
PALATAO YANG MENJUAL NAMA NABI
Mungkin ada orang awam yang membawa suatu hadis palsu kepada rakannya disebabkan kejahilan, mungkin seseorang ustaz ada menceritakan suatu hadis palsu disebabkan kecetekkan ilmu hadis yang ada padanya.
Namun ia menjadi satu masalah bahkan kejelekkan apabila seorang ustaz tiada manhaj ilmu, dengan sengaja membawa kisah dogeng dan menyandarkan kepada Nabi salallahu ‘alaihi wassalam, kemudian terus sombong bila ditegur para ulama, dia meneruskan tabiatnya hingga mendatangkan fitnah pada agama.
INGATLAH!
عَنْ الْمُغِيرَةِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّ كَذِبًا عَلَيَّ لَيْسَ كَكَذِبٍ عَلَى أَحَدٍ مَنْ كَذَبَ عَلَيَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنْ النَّارِ
Dalam satu hadis mutawattir, daripada al-Mughirah radhiyallahu ‘anhu, dia berkata, aku mendengar Rasulullah ﷺ bersabda;
“Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) tidak sama seperti berdusta ke atas orang yang lain. Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka persiapkanlah tempat duduknya di neraka.” [Hadis riwayat al-Bukhari]
#SuaraSunnah
#Ashujaa
#KisahDongeng
IHSAN SEWAKTU MENYEMBELIH TERNAKAN UNTUK EID ADHA
a. Ini biasanya terjadi ketika proses merebahkan haiwan, pisau yang digunakan dan meletakkan haiwan dalam ketakutan. Sifat ihsan atau simpati diwajibkan ke atas kita ketika menguruskan haiwan sembelihan terutamanya korban yang merupakan ibadah kepada ALLAH. Rasulullah SAW bersabda:
إنَّ اللهَ كَتَبَ الإِحْسَانَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ: فَإِذَا قَتَلْتُمْ فَأَحْسِنُوا الْقِتْلَةَ، وَإِذَا ذَبَحْتُمْ فَأَحْسِنُوا الذِّبْحَةَ، وَلْيُحِدْ أَحَدُكُمْ شَفْرَتَهُ، وَلْيُرِحْ ذَبِيحَتَهُ
“Sesungguhnya Allah menulis (mewajibkan) ihsan atas segala sesuatu. Apabila kamu mahu membunuh (dengan alasan yang sah), maka perelokkanlah pembunuhan itu. Apabila kamu mahu menyembelih, maka perelokkanlah penyembelihan itu, dan hendaklah kamu menajamkan mata pisau dan hendaklah dia merehatkan (menyenangkan) haiwan sembelihannya itu.” (Hadis riwayat Muslim).
b. Berdasarkan hadis di atas, memastikan pisau benar-benar tajam, haiwan yang diuruskan dengan tenang merupakan sebahagian dari tuntutan ihsan.
c. Antara perbuatan yang menafikan sifat ihsan ialah mengasah pisau atau menyembelih binatang korban di hadapan binatang korban yang sedang menunggu giliran untuk disembelih.
Dalam riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak, daripada Ibn ‘Abbas:
أَنَّ رَجُلًا أَضْجَعَ شَاةً يُرِيدُ أَنْ يَذْبَحَهَا وَهُوَ يَحُدُّ شَفْرَتَهُ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: “أَتُرِيدُ أَنْ تُمِيتَهَا مَوْتَاتٍ؟ هَلْ حَدَدْتَ شَفْرَتَكَ قَبْلَ أَنْ تُضْجِعَهَا”
Bahawa seorang lelaki membaringkan biri-biri yang dia hendak menyembelihnya, di samping ketika itu dia menajamkan mata pisaunya. Maka Nabi SAW bersabda: “Apakah engkau mahu membunuhnya beberapa kali? Mengapa tidak engkau tajamkan mata pisaumu sebelum engkau membaringkannya?!” (Hadis riwayat al-Hakim, dia menyatakan sahih dan disetujui oleh al-Zahabi).
d. Hadis-hadis ini dan selainnya menunjukkan kepada kita bahawa pentingnya adab ataupun akhlak dengan haiwan sembelihan. Jangan kita menyeksa haiwan sembelihan dengan kekasaran dan tekanan terhadap haiwan terutama ketika proses membaringkannya.
Islam mengajar kesantunan hidup sekalipun terhadap haiwan. Itulah agama rahmat untuk semua yang diturunkan oleh Tuhan sekelian alam.
Jika kita mengendalikan haiwan sembelihan dengar cara yang kasar dan menakutkan, maka pasti itu bukan ajaran dari Sunnah Nabi SAW.
#SuaraSunnah
#HariRayaAidilAdha
#EieAdha
#Ihsan
DOA MASUK TANDAS
Doa masuk tandas. Sunnah yang ramai amik ringan!
Tak percaya? Ingat balik bila kali terakhir kita masuk, kita baca doa atau tidak?
Daripada Anas bin Malik radhiallahu ‘anhu dia berkata;
كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ الْخَلَاءَ قَالَ اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْخُبُثِ وَالْخَبَائِثِ
“Apabila Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam hendak masuk ke tandas, baginda mengucapkan:
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْخُبُثِ وَالْخَبَائِثِ
(Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari syaitan jantan dan syaitan betina).” [HR. Bukhari (6322)]
#SuaraSunnah
#Ashujaa
#Doa
DOA SEWAKTU MELEWATI TEMPAT BAHARU DAN MENYERAMKAN
Kita seringkali melewati suatu tempat yang menurut kepercayaan warga setempat dianggap berpuaka seperti rumah agam yang ditinggal lama, hutan, tasik atau pulau yang buat perasaan kita merinding. Jantung berdegup kencang, takut jika terjadi apa-apa.
Ada yang menyarankan minta lalu kepada nenek moyang, membuat ritual tertentu, dan sebagainya. Perbuatan tersebut adalah batil yang tidak ada tuntunannya sama sekali dalam Islam. Yang diajarkan dalam Islam ialah mintalah perlindungan kepada Allah.
Kholwah binti Hakim As Sulamiyyah berkata bahawa dia pernah mendengar Rasulullah sallallahu ‘alaihi wassalam bersabda;
مَنْ نَزَلَ مَنْزِلاً ثُمَّ قَالَ أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ. لَمْ يَضُرُّهُ شَىْءٌ حَتَّى يَرْتَحِلَ مِنْ مَنْزِلِهِ ذَلِكَ
“Barang siapa yang singgah di suatu tempat lantas dia mengucapkan “a’udzu bi kalimaatillahit taammaati min syarri maa kholaq” (Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna dari kejahatan makhluk yang diciptakanNya)”, maka tidak ada sama sekali yang dapat memudaratkannya sampai dia berpindah dari tempat tersebut.” (HR. Muslim no. 2708).
#SuaraSunnah
#Ashujaa
#Doa
EDISI HADIS PALSU #8
مَنْ نَظَرَ نَظْرَةً إِلَى وَجْهِ عَالِمٍ فَفَرِحَ بِهِ خَلَقَ اللَّهُ تَعَالَى مِنْ تِلْكَ النَّظْرَةِ وَالْفَرَحِ مَلَكًا يَسْتَغْفِرُ اللَّهَ لِصَاحِبِهِ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ.
“Sesiapa yang memandang wajah orang alim dengan satu pandangan lalu dia merasa senang dengannya, Maka Allah Ta’ala akan menciptakan malaikat dengan pandangan itu yang akan beristighfar baginya sehingga hari kiamat.”
Diriwayatkan oleh Ibnu ‘Asakir dalam Tarikh Dimasq (49/366) daripada Abi Sa’id al-Khudri secara marfu’.
Hadis ini palsu disebabkan pada sanadnya ramai rawi majhul iaitu Qays bin Busri, Ali bin al-Hasan bin Raja’ dan Ali al-Ajami. Dinilai maudhu’ oleh Imam As-Suyuti (Az-Ziyadat ‘ala Maudhu’at 1/195).
#SuaraSunnah
#EdisiHadisPalsu
#Ashujaa
EDISI HADIS PALSU #7
Diriwayatkan oleh Anas bin Malik, dikatakan bahawa Nabi SAW bersabda:
إِنَّ مَلَكَ الْمَوْتِ لَيَنْظُرُ فِي وُجُوهِ الْعِبَادِ كُلَّ يَوْمٍ سَبْعِينَ نَظْرَةً، فَإِذَا ضَحِكَ الْعَبْدُ بَعَثَ إِلَيْهِ يَقُولُ: يَا عَجَبَاهُ بُعِثْتُ إِلَيْهِ لأَقْبِضَ رُوحَهُ وَهُوَ يَضْحَكُ
“Sesungguhnya malaikat maut akan melihat wajah-wajah hamba (manusia) setiap hari sebanyak 70 kali, apabila hamba tersebut ketawa maka akan diutuskan malaikat tersebut kepadanya lalu berkata:
Sangat menghairankan, aku telah diutuskan kepada engkau untuk mengambil rohnya ketika dia sedang ketawa.” (Jami’ al-Kabir, 1:79454, no. hadits 1741)
Hadis ini palsu kerana dalam sanadnya terdapat rawi bernama Abu Hadbah. Imam Abu Hatim menyatakan “Dia adalah pendusta.”
Riwayat ini juga terdapat dalam kitab kumpulan hadis-hadis palsu seperti: Tanzih asy-Syari’ah al-Marfu’ah ‘an al-Akhbar asy-Syani’ah al-Maudhu’ah 2/375 oleh Ali bin Muhamad al-Kinani (meninggal pada tahun 963 Hijriah), Tadzkiratul Maudhuu’aat I/214 oleh Muhammad bin Thahir al-Fatani dan At-Tahrir al-Murassakh 250.
EDISI HADIS PALSU #6
ان الصلاة بعمامة تعدل خمسا وعشرين صلاة بغير عمامة
“Sesungguhnya solat dengan berserban menyamai dengan dua puluh lima solat tanpa memakai serban.”
Di dalam lafaz yang lain
الصلاة في العمامة بعشرة الاف حسنة
“Solat dengan berserban mendapat sepuluh ribu kebaikan.”
Berkata Ibn Arraq al-Kannani: “Sanad hadith ini dhaif (lemah). Di dalam sanadnya terdapat rawi bernama Abban bin Abi ‘Iyash dan beliau merupakan seorang yang terkenal sebagai kazzab (pendusta) dalam kalangan muhaddith.” (Tanzih al-Syariah)
Berkata Ibn Hajar al-Asqalani: “Hadith ini adalah mungkar bahkan ianya maudhu’ (palsu) dan di dalam sanadnya terdapat rawi yang majhul (tidak dikenali).” (Lisan al-Mizan)
Ibn Hajar turut menukilkan hadith maudhu’ berkenaan pemakaian serban ketika solat dengan lafaz yang lain:
الصلاة في العمامة بعشرة الاف حسنة
“Solat dengan berserban mendapat sepuluh ribu kebaikan.”
Berkata al-Sakhawi berkaitan hadith ini “Hadith ini mungkar dan maudhu’ (palsu).” (al-Maqasid al-Hasanah)
Tidak ada hadith yang sahih yang menyatakan kelebihan dan galakan memakai serban ketika solat mahupun di luar solat.
Serban juga bukanlah sesuatu yang dituntut oleh sunnah Rasulullah SAW namun memakainya bukanlah pula sesuatu yang tercela atau dilarang. Ia adalah diharuskan disisi syara’.
Serban merupakan pakaian uruf (adat) bagi kaum arab. Namun begitu memakai serban dan jubah diharuskan dan mendapat pahala jika dasarnya sebagai tanda kecintaan kepada Rasulullah SAW dan bukan kerana menganggap ia sunnah yang thabit dari Rasulullah SAW sebagaimana hadith yang telah dijelaskan di atas.
#SuaraSunnah
#EdisiHadisPalsu
#Ashujaa
EDISI HADIS PALSU #5
“Makhluk pertama yang diciptakan Allah adalah cahaya Nabimu, wahai Jabir.” (Kitab Kasyf Khafa – Imam Ajluni).
Imam As-Suyuti menegaskan “Hadis ini tidak ada sanadnya.” Abdullah bin al-Sodiq al-Ghumari mengatakan “Zahir hadis itu adalah palsu.” Syeikh Muhammad Ahmad ‘Abdul Qadir al-Syanqiti mengatakan “hadis ini palsu.” Ibn Taimiyah berkata “hadis ini adalah dusta dengan kesepakatan para sarjana hadis.”
#SuaraSunnah
#EdisiHadisPalsu
#Ashujaa
EDISI HADIS PALSU #4
Maksudnya: “Sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hatinya, dan hati al-Quran itu adalah Yasin, sesiapa yang membacanya, seolah-olah dia membaca al-Quran 10 kali.”
Imam At-Tirmidzi berkata, “Terdapat keraguan pada hadis ini. Kami tidak mengetahuinya melainkan daripada Humaid bin Abd al-Rahman dan tidak diketahui hadis ini daripada Qatadah di Basrah kecuali melalui sumber ini, dan Harun Abu Muhammad adalah seorang yang majhul.”
Ibn Abi Hatim di dalam Ilal Al-Hadith menyebut, beliau pernah bertanya ayahnya tentang hadis Anas ini maka ayahnya berkata: “Muqatil tersebut adalah Muqatil bin Sulaiman. Aku sudah melihat hadis ini pada awal kitab yang direka oleh Muqatil bin Sulaiman dan ini adalah hadis yang batil dan tidak ada asal sumbernya.”
Menurut Az-Zahabi dalam Mizan Al-I’tidal, Muqatil dalam sanad hadis bukanlah Ibn Hayyan tetapi sebenarnya ialah Muqatil bin Sulaiman. Ini juga seperti dinyatakan oleh Abu Hatim. Berdasarkan sanad, hadis ini adalah palsu kerana Waqi’, Muqatil bin Sulaiman adalah seorang pendusta.
Ibn al-‘Arabi di dalam A’ridhat Al-Ahwazi menyatakan: “Hadis ini daif dan tidak diterima. Bagi kebanyakan orang, mereka mempunyai pelbagai pandangan, riwayat dan huraiannya, dan semua itu tidak ada asal sumbernya. Abu Daud juga sudah melaporkan hadis, ‘Bacalah Yasin ke atas mereka yang hampir mati’ dan ia tidak sahih.”
#SuaraSunnah
#EdisiHadisPalsu
#Ashujaa
EDISI HADIS PALSU #3
عَنْ أَنَسٍ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ ، قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : اطْلُبُوا الْعِلْمَ وَلَوْ بِالصِّينِ
Daripada Anas bin Mâlik radhiyallahu anhu bahawa Rasûlullâh sallallahu ‘alaihi wassalam bersabda: “Tuntutlah ilmu walau ke negeri China!”
Imam al-Bukhâri dan Abu Hâtim ar-Râzi rahimahullah menyatakan riwayatnya sangat lemah.
Imam as-Sulaimani menyatakan bahawa rawi ini dikenal sebagai pemalsu hadis.
Imam al-Bazzar berkata, “Hadis ini tidak ada asalnya”.
Imam Ibnu Hibban berkata, “Hadis ini batil dan tidak ada asal-usulnya”.
Hadis ini palsu dan batil (rosak), kerana pelapor yang bernama Abu ‘Atikah Tharif bin Sulaiman adalah rawi yang disepakati kelemahannya, bahkan sebahagian ulama ahli hadis menyifatinya sebagai pemalsu hadis.
Hadis yang semakna juga diriwayatkan dari jalur lain daripada Anas bin Mâlik radhiyallahu anhu. Dikeluarkan oleh Imam Ibnu ‘Abdil Barr dalam Jâmi’u Bayânil ‘Ilmi wa Fadhlih (1/21). Tapi hadis ini juga palsu, kerana dalam sanadnya ada rawi yang bernama Ya’qûb bin Ishâq bin Ibrâhîm al-‘Asqalani, Imam adz-Dzahabi berkata tentangnya, “Dia pendusta.”
#SuaraSunnah
#EdisiHadisPalsu
#Ashujaa
TIPS MENGEKALKAN MOMENTUM IBADAH
“Prinsip dasar kalau anda ingin rajin mengerjakan sebuah ibadah, anda sering mengulang-gulangi janji Allah.
Kalau ingin mengerjakan satu ibadah, jangan kerjakan, sampai anda sudah punyai ilmunya tahu apa yang anda dapat di ibadah itu. Itu akan membuatkan kita semangat mahu mengerjakan (ibadah) dan kita bisa istiqomah dan konsisten untuk menjaganya.
Tidak ada satu pun ibadah dalam agama kita kecuali diberikan janji positif, (atau) bahasa ceramah kita – FADILAT. Baca semua fadilatnya! Jangan kerjakan sampai sudah baca!
Sebagaimana juga teman-teman kalau ingin meninggalkan satu perbuatan dosa dia tinggal mencari tahu ancaman Allah di dosa itu!” Ustaz Dr. Khalid Basalamah, Masjid Alwi, 4/5/2024
GOPOH ITU DARIPADA SYAITAN
“Sifat berhati-hati berasal daripada Allah. Sedangkan sifat ingin tergesa-gesa itu berasal daripada syaitan.” (Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Ya’la dalam musnadnya dan Baihaqi dalam Sunanul Qubro. Syaikh Al Albani dalam Al Jami’ Ash Shoghir mengatakan bahawa hadits ini hasan).
“Kita dalam belajar, anak-anak muda, atau pun anak-anak kita yang belajar, nak jadi mutafanin (menguasai banyak bidang), dia kena sabar dan jangan tergopoh-gapah sebab itu antara masalah yang berlaku zaman kita sekarang ini, bila mana wujudnya pempengaruh yang menjadi sebab sebahagian anak-anak kita ini, dia tak nak dah duduk dalam benda yang crucial, bidang-bidang yang payah.
Nak duduk dalam benda yang cepat, yang penting dapat duit banyak. Dan akhirnya lahirlah orang-orang yang tak faham agama secara menyeluruh dan lebih berat lagi ianya melibatkan pentas agama tercemar…” Ustaz Ahmad Al-Qarni Bin Edrus, Masjid Alwi, 15 Mei 2024.
KITA SEMUA BERTANGGUNGJAWAB UNTUK BERDAKWAH
“Sampaikan daripadaku walaupun satu ayat.” [Hadis riwayat al-Bukhari].
“Tanggungjawab dakwah ini bukan tanggungjawab ustaz-ustaz (sahaja), (ia) tanggungjawab semua pihak.
Kita yang ada kawan, yang ada rakan niaga, yang ada partnership dengan orang-orang bukan Islam patutnya kita kena bersungguh-sungguh cerita tentang agama kita kepada depa.
Supaya depa terbuka, tuan-tuan boleh tolong sedikit, 20% satgi dia pergi dengar ustaz ini cakap, dia dengar kat TV, akhirnya dia memeluk Islam. Kita ada sumbangan, In shaa Allah..”.
Ustaz Syed Abu Bakar Syed Kamal Bharin Jamalullail, Pertubuhan Suara Sunnah HQ 11/5/2024
JIHAD MEMERLUKAN ILMU & IKHLAS
“Hendak berjuang kena belajar, kena ada ilmu. Kalau takda ilmu yang sahih, silap-silap kita berjuang di pihak yang salah.
Ku sangka ku perjuangkan sunnah yang sebenar! Rupa-rupanya sunnah para guru dan para tok syeikh BUKAN sunnah Nabi salallahu ‘alaihi wassalam.” Ustaz Ahmad Hasyimi Che Pa, Masjid Alwi, 5/5/2024
IKHTILAF ULAMA ITU SUATU RAHMAT
Ibnu Qudamah Al Maqdisi rahimahullah mengatakan, “Ikhtilafuhum rohmah”, perbezaan ulama (dalam masalah feqah) adalah rahmat.” [Lum’atul I’tiqod].
“Kegelisahan setengah pihak bahawa perbezaan pendapat disebut ikhtilaf, tetapi saya ingat ikhtilaf pun boleh jadi rahmat kalau dijaga dan dikawal supaya jangan jadi pergeseran yang memecahkan.
Ini harus ada!
Dunia Islam itu semasa hebat dahulu mengizinkan wacana yang meluas, yang disebut baitul hikmah itu dimana khalifah itu mendengar pandangan yang berbeza dan perbahasan, pergelutan ulama di depan dia.
Dan diizinkan!
Sebab itu kita harus bawa semangat demikian yang tidak membebankan rakyat untuk bercelaru dan bergaduh..” YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim Masjid Alwi, 3/5/2024
HUKUM ILZAQ KETIKA SOLAT BERJEMAAH
Kejadian seorang pemuda dikasari oleh seorang jemaah kerana mahu merapatkan saf di masjid Bukit Jelutong yang tular baru-baru ini amat mendukacitakan.
Seharusnya setiap muslim sudah sedia maklum, tuntutan merapatkan saf bagi solat jemaah. Entah kenapa sekarang ini masyarakat semakin kurang selesa mempraktikkan sunnah ini?
Hadis riwayat daripada Nu’man bin Basyir:
أَقْبَلَ رَسُولُ اللهِ بِوَجْهِهِ عَلَى النَّاسِ فَقَالَ: ” أَقِيمُوا صُفُوفَكُمْ , ثَلَاثًا وَاللهِ لَتُقِيمُنَّ صُفُوفَكُمْ أَوْ لَيُخَالِفَنَّ اللهُ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ ” قَالَ : فَرَأَيْتُ الرَّجُلَ يُلْزِقُ كَعْبَهُ بِكَعْبِ صَاحِبِهِ, وَرُكْبَتَهُ بِرُكْبَتِهِ وَمَنْكِبَهُ بِمَنْكِبِهِ
Maksudnya: Rasulullah salallahu ‘alaihi wasallam menghadap kepada manusia, lalu berkata, “Dirikanlah saf! Dirikanlah saf! Dirikanlah saf! Demi Allah subhana wa ta’ala, dirikanlah saf atau Allah akan membuat perselisihan antara hati kalian.”
Lalu An-Nu’man bin Basyir berkata: “Aku melihat seorang lelaki menempelkan kakinya dengan kaki orang disebelahnya, lutut bertemu lutut dan bahu bertemu bahu.” (Hadis riwayat Abu Daud, 1/178)
KUNCI-KUNCI REZEKI YANG BERKAT SEMESTINYA PADA PAGI HARI
Nabi salallahu ‘alaihi wassalam bersabda:
اللَّهُمَّ بَارِكْ لأُمَّتِي فِي بُكُورِهَا. أخرجه أبو داود والترمذي
“Ya Allah, berilah berkah untuk umatku pada pagi harinya.” (Hadis riwayat Abu Daud dan At-Tirmidzi).
Athar yang popular daripada Abdullah bin Abbas radhiyallahu ‘anhuma, ketika beliau melihat anaknya tidur pada waktu pagi. Beliau menegur dengan mengucapkan: “Bangun! Apakah engkau tidur pada waktu rezeki sedang dibahagikan?”
ANTARA DOSA-DOSA BESAR
Daripada Ammar bin Yasir, Rasulullah salallahu ‘alaihi wassalam bersabda;
“Tiga golongan yang tidak masuk syurga sampai bila-bila iaitu lelaki yang dayus, wanita yang menyerupai lelaki dan penagih arak.”
Lalu para sahabat berkata: “Wahai Rasulullah! Kami telah faham maksud orang yang ketagih arak, tetapi apakah itu lelaki yang dayus?”
Nabi bersabda: “Iaitu orang yang tidak mempedulikan siapa yang masuk bertemu dengan ahlinya (isteri dan anak-anaknya)” [Hadis riwayat al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman]
ADAB ZIARAH KUBUR
BERIBADAT SEDIKIT PUN BIARLAH BERILMU, IKHLAS DAN ISTIQOMAH
Daripada Abdullah bin ‘Amr bin al-’Ash, dia berkata bahawa Rasulullah salallahu ‘alaihi wassalam bersabda:
“Wahai Abdullah janganlah jadi seperti si fulan. Dahulu dia rajin solat malam, sekarang dia meninggalkan solat malam tersebut.” [Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim]
YANG BENAR DAN BATIL SEMUANYA TELAH JELAS
Firman Allah SWT (maksudnya):
“Sesungguhnya Kami telah menurunkan kitab kepadamu dengan membawa kebenaran, supaya kamu menghukum antara manusia dengan apa yang telah Allah tunjukkan kepadamu, dan janganlah kamu menjadi pembela orang-orang yang khianat.” [Quran, Al-Nisa: 105]
MENDATANGI BOMOH, PAWANG & USKUN (USTAZ DUKUN)
Rasulullah salallahu ‘alaihi wassalam bersabda:
“Barang siapa yang mendatangi dukun atau tukang ramal, lalu dia membenarkannya (apa yang dikatakan), maka sesungguhnya dia telah kufur pada al-Quran yang telah diturunkan kepada Muhammad.” [Hadis riwayat Ahmad, Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan hadis ini hasan]
PAHALA BESAR BUAT ASKAR, POLIS DAN PETUGAS KESELAMATAN NEGARA
Rasulullah salallahu ‘alaihi wassalam memuji lelaki yang berjaga mengawal keselamatan dalam keadaan rakyat ketakutan.
Sabda baginda: “Mahukah kamu aku tunjukkan satu malam yang lebih baik dari Lailatul Qadar?
Iaitu malam seorang lelaki yang berkawal pada malam yang menakutkan dan berkemungkinan dia tidak mampu pulang kepada keluarganya” [Hadis riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi]
SUNNAH PUASA 6 PADA BULAN SYAWAL
Rasulullah salallahu ‘alaihi wassalam bersabda;
“Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian meneruskan dengan enam hari pada bulan Syawal sepertinya dia berpuasa selama setahun” [Hadis riwayat Muslim]
BERNIKAH SAMBIL MENYAMBUT SYAWAL
Daripada Aisyah radhiyallahu ‘anha; “Rasulullah salallahu ’alaihi wassalam menikahiku pada bulan syawal, dan membangunkan rumah tangga denganku juga pada bulan syawal.
Maka isteri-isteri Rasulullah salallahu ‘alaihi wassalam yang manakah lebih beruntung di sisinya daripadaku?” [Hadis riwayat Muslim]
Perawi mengatakan “Aisyah radhiyallahu ’anha dahulu suka menikahkan para wanita pada bulan syawal.”
APABILA MUZIK DAN NYANYIAN MULA MENJADI SYIAR AGAMA
Daripada Ibnu Umar radhiyallahu ‘anhu, Nabi salallahu ‘alaihi wassalam bersabda; “Barang siapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia sebahagian daripada mereka.” [Hadis riwayat Abu Daud, Ahmad].
Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah berkata: “Jika dalam perkara adat (kebiasaan) sahaja kita dilarang tasyabbuh dengan mereka, bagaimana lagi dalam perkara yang lebih dari itu?!” (Majmu’ Al Fatawa, 25: 332).
Beribadat (mengingati Tuhan) dengan bernyanyi dan bermuzik bukanlah berasal dari agama Islam. Malah cara begitu dibenci oleh ulama terdahulu.
Imam Asy-Syafei (wafat 204H) berkata:
خلفت ببغداد شيئاً أحدثته الزنادقة يسمونه التغبير يصدون به الناس عن القرآن
“Di Iraq, aku meninggalkan sesuatu yang dinamakan taghbir (nyanyian bermuzik & tarian yang liriknya merupakan nasihat supaya zuhud). Perkara baharu yang diada-adakan oleh Zanadiqah (orang-orang zindiq; menyimpang), mereka menghalangi manusia dari al-Quran.” [Riwayat Ibnul Jauzi, dalam Talbis Iblis].
Ulama’ menjelaskan perkataan Imam asy-Syafei tersebut dengan mengatakan:
وما ذكره الشافعي – رضي الله عنه – من أنه من إحداث الزنادقة – فهو كلام إمام خبير بأصول الإسلام؛ فإن هذا السماع لم يرغب فيه ويدعو إليه في الأصل إلا من هو متهم بالزندقة…ذكر أبو عبد الرحمن السلمي في مسألة السماع….”.
“Apa yang disebutkan oleh Imam asy-Syafei rahimahullah (bahawa perbuatan tersebut merupakan hasil ciptaan para zindiq), adalah suatu pandangan seorang imam yang ahli dalam ilmu usul dalam Islam. Kerana pada dasarnya, tidak ada yang menggalak dan menganjurkan nyanyian melainkan orang-orang zindiq… sebagaimana yang disebutkan oleh Abdurrahman as-Sulami dalam Mas’alah as-Sama’ daripada Ibnu Rawandi.” [Majmu’ al-Fatawa, 11/570].
Fatwa Imam as-Suyuthi rahimahullah (Wafat: 911H):
ومن ذلك الرقص، والغناء في المساجد، وضرب الدف أو الرباب، أو غير ذلك من آلات الطرب.
فمن فعل ذلك في المسجد، فهو مبتدع، ضال، مستحق للطرد والضرب؛ لأنه استخف بما أمر الله بتعظيمه، قال الله تعالى: (في بيوت أذن الله أن ترفع ” أي تعظم ” ويذكر فيها اسمه)، أي يتلى فيها كتابه. وبيوت الله هي المساجد؛ وقد أمر الله بتعظيمها، وصيانتها عن الأقذار، والأوساخ، والصبيان، والمخاط، والثوم، والبصل، وإنشاد الشعر فيها، والغناء والرقص؛ فمن غنى فيها أو رقص فهو مبتدع، ضال مضل، مستحق للعقوبة. الأمر بالاتباع والنهي عن الابتداع – (ج 1 / ص 30) المكتبة الشاملة.
“Dan antaranya adalah menari, menyanyi di dalam masjid, memukul kompang (atau gendang) atau rebab (sejenis alat muzik bertali seperti biola), atau selain itu dari jenis-jenis alat-alat muzik.
Maka sesiapa yang melakukan perkara yang tersebut di dalam masjid maka dia adalah mubtadi’ (pelaku bid’ah), sesat, perlu dihalau dan boleh dipukul, kerana dia meremehkan perintah Allah untuk memuliakan masjid.
Allah Ta’ala berfirman: “Bertasbihlah kepada Allah di masjid-masjid yang telah diperintahkan untuk dimuliakan (iaitu mengagungkannya) dan disebut nama-Nya di dalamnya.” (Surah an-Nuur, 24: 36)
Iaitu dibacakan kitab-Nya di dalamnya.
Rumah-rumah Allah adalah masjid-masjid, dan Allah Ta’ala telah memerintahkan untuk memuliakannya, menjaganya dari kotoran, najis, anak-anak, hingus, bawang putih, bawang merah, nasyid-nasyid dan sya’ir di dalamnya, nyanyian dan tarian, dan sesiapa yang bernyanyi atau menari di dalamnya maka dia adalah pelaku bid’ah, sesat dan menyesatkan, dan berhak diberikan hukuman.” (Jalaluddin as-Suyuthi, al-Amru bil Ittiba’ wan Nahyu ‘anil Ibtida’), m/s. 30
LEBIH TEKUN BERIBADAH MENJELANG AKHIR RAMADAN
Daripada Aisyah radhiyallahu ‘anha, dia berkata,
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- يَجْتَهِدُ فِى الْعَشْرِ الأَوَاخِرِ مَا لاَ يَجْتَهِدُ فِى غَيْرِهِ.
“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam sangat bersungguh-sungguh pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadan melebihi kesungguhan baginda pada waktu yang lain.” (HR. Muslim)
Dikatakan oleh isteri tercinta beliau, ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha,
كَانَ النَّبِىُّ – صلى الله عليه وسلم – إِذَا دَخَلَ الْعَشْرُ شَدَّ مِئْزَرَهُ ، وَأَحْيَا لَيْلَهُ ، وَأَيْقَظَ أَهْلَهُ
“Apabila Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam memasuki sepuluh hari terakhir (bulan Ramadan), baginda mengetatkan sarungnya (untuk menjauhi para isteri beliau dari berjimak), menghidupkan malam-malam tersebut dan membangunkan keluarganya.” (HR. Bukhari dan Muslim).
KADAR ZAKAT FITRAH BAGI NEGERI PERLIS 1445H/2024M
Kadar zakat fitrah di Perlis bagi tahun 1445H/2024M ditetapkan sebanyak RM7 bagi yang menggunakan beras tempatan manakala RM10 untuk beras import (bukan spesial tempatan).
Abdullah bin Umar RA:
أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَرَضَ زَكَاةَ الْفِطْرِ مِنْ رَمَضَانَ عَلَى النَّاسِ، صَاعًا مِنْ تَمْرٍ، أَوْ صَاعًا مِنْ شَعِيرٍ، عَلَى كُلِّ حُرٍّ أَوْ عَبْدٍ، ذَكَرٍ أَوْ أُنْثَى، مِنَ الْمُسْلِمِينَ
Maksudnya: “Rasulullah SAW mewajibkan zakat fitrah pada bulan Ramadan ke atas umat Islam dengan satu gantang tamar, satu gantang tepung barli sama ada yang merdeka atau hamba sahaya, lelaki atau perempuan dalam kalangan umat Islam.” (Riwayat Muslim: 984)
Jom tunaikan zakat anda di MAIPs melalui medium TULUS kami.
Kini membayar zakat semudah a, b, c saja. Hanya di hujung jari.
Semua jenis zakat boleh dibayar secara online di https://bayarzakatperlis.com
FADHILAT SOLAT TARAWIKH HINGGA SELESAI BERSAMA IMAM
Daripada Abu Dzar, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah mengumpulkan keluarga dan para sahabatnya. Lalu baginda bersabda;
إِنَّهُ مَنْ قَامَ مَعَ الإِمَامِ حَتَّى يَنْصَرِفَ كُتِبَ لَهُ قِيَامُ لَيْلَةً
“Siapa yang solat bersama imam sampai ia selesai, maka ditulis untuknya pahala qiyam semalam suntuk.” [HR. An Nasai no. 1605, Tirmidzi no. 806, Ibnu Majah no. 1327. Tirmidzi mensahihkan hadis ini. Syaikh Al Albani dalam Al Irwa’ no. 447 mengatakan bahwa hadits ini sahih]
Ini merupakan anjuran agar kaum muslimin mengerjakan solat tarawikh secara berjama’ah dan mengikuti imam hingga selesai.
PAHALA MENJAMU ORANG BERBUKA PUASA
Daripada Zaid Ibn Khalid al-Juhani radhiyallahu ‘anhu, Nabi salallahu ‘alaihi wassalam berkata;
“Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa untuk berbuka puasa, maka dia mendapat pahala seumpamanya tanpa kurang sedikitpun daripada pahala orang yang berpuasa tersebut.” [Hadis riwayat Tirmidzi]
“Kepada suri rumah yang memasak makanan untuk berbuka puasa, jangan lupa hadirkan niat, anda mempersiapkan makanan untuk orang-orang yang berpuasa.
Bukankah Nabi SAW telah bersabda:
مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِمْ مِنْ غَيْرِ أَنْ يَنْقُصَ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْئًا
Maksudnya: “Siapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa, untuk dia seumpama pahala mereka yang berpuasa tanpa dikurangkan pahala mereka sedikitpun.”
Maknanya, sehari pahala puasa anda, menyamai pahala beberapa orang yang berbuka puasa dari masakan anda. Terimalah khabar gembira dari Nabi SAW ini.” – Bin Sahak (Pegawai Jabatan Mufti Negeri Perlis)
MENINGGALKAN YANG TAK BERFAEDAH
Daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda:
لَيْسَ الصِّيَامُ مِنَ الأَكْلِ وَالشَّرَبِ ، إِنَّمَا الصِّيَامُ مِنَ اللَّغْوِ وَالرَّفَثِ ، فَإِنْ سَابَّكَ أَحَدٌ أَوْ جَهُلَ عَلَيْكَ فَلْتَقُلْ : إِنِّي صَائِمٌ ، إِنِّي صَائِمٌ
Ertinya: “Puasa bukanlah hanya menahan makan dan minum saja. Akan tetapi, puasa adalah dengan menahan diri dari perkataan lagwu dan rafats. Apabila ada seseorang yang mencelamu atau mengganggumu, katakanlah kepadanya, “Aku sedang puasa, aku sedang puasa.” [Hadis riwayat Ibnu Majah dan Hakim. Syaikh Al-Albani dalam Shahih At-Targib wa At-Tarhib no. 1082 mengatakan bahwa hadits ini sahih].
Dalam Fathul Bari (3/346), Al-Akhfasy rahimahullah mengatakan, “Lagwu adalah perkataan sia-sia dan tidak berfaedah.”
Dalam Fathul Bari (5/157), Ibnu Hajar rahimahullah mengatakan rafats pula bermaksud, “kiasan untuk hubungan badan dan semua perkataan keji. Istilah rafats adalah istilah untuk setiap hal yang diinginkan laki-laki pada wanita.” Atau dengan kata lain rafats ialah perkataan lucah.
BERSEDEKAHLAH PADA BULAN RAMADAN
Daripada Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma, dia berkata,
“Nabi salallahu ‘alaihi wassalam adalah orang yang paling gemar bersedekah. Semangat beliau dalam bersedekah lebih membara lagi ketika bulan Ramadan tatkala itu Jibril menemui beliau.
Jibril bertemu beliau setiap malam pada bulan Ramadan. Jibril mengajarkan Al-Quran kala itu. Dan Rasul salallahu ‘alaihi wassalam ialah yang paling pemurah dalam melakukan kebaikan bagaikan angin berhembus.” (Hadis riwayat al-Bukhari no. 3554 dan Muslim no. 2307)
Ibnu Rajab menyebutkan, “Pada diri Nabi salallahu ‘alaihi wassalam terkumpul berbagai macam sifat dermawan. Beliau gemar menderma dengan ilmu dan harta beliau. Beliau juga mengorbankan jiwa untuk memperjuangkan agamanya.
Beliau juga memberikan manfaat kepada umat dengan menempuh berbagai macam cara. Bentuk kemanfaatan yang beliau lakukan adalah dengan memberi makan pada orang yang lapar, menasihati orang yang bodoh, memenuhi hajat dan menyelesaikan masalah orang yang dalam kesulitan.” (Lathaif Al-Ma’arif, hlm. 293).
DOA JIBRIL ALAIHISSALLAM
عن كَعْب بن عُجْرَة رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: احْضُرُوا المنبَر، فَحضرْنَا، قلمَّا ارْتقَى درجَةً قَال: آمين، فلما ارتقى الدرجَة الثانية: قال آمين، فلما ارتقى الدّرجَة الثالثة قال: آمين، فلما نزل، قلن: يا رسولَ الله لقَدْ سمعنَا مِنْكَ الْيَوْمَ شَيْئاً ما كُنَّا نَسْمَعُه! قال: إن جِبْريلَ عليه السلام عَرضَ لِي فقال: بَعُدَ منْ أدرَكَ رمَضَانَ فَلِمْ يُغْفَرْلَهُ قلت: آمين، فلما رقيت الثانية قال: بَعُدَ منْ ذكرت عنده فلم يصلّ عَلَيْكَ فقلت آمين، فلما رقيت الثالثة قال: بَعُدَ مَنْ أَدرَكَ أبويهِ الكبر عنده أو أَحَدَهُمَا فلم يُدْخِلاَهُ الْجنَّةَ قلْتُ: آمين.
Terjemahan: Dari Ka’ab Bin ‘Ujrah (ra) katanya: Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam) bersabda:
Berhimpunlah kamu sekalian dekat dengan mimbar. Maka kamipun berhimpun. Lalu beliau menaiki anak tangga mimbar, beliau berkata: Amin. Ketika naik ke anak tangga kedua, beliau berkata lagi: Amin. Dan ketika menaiki anak tangga ketiga, beliau berkata lagi: Amin.
Dan ketika beliau turun (dari mimbar) kamipun bertanya: Ya Rasulullah, kami telah mendengar sesuatu dari tuan pada hari ini yang kami belum pernah mendengarnya sebelum ini.
Lalu baginda menjawab: “Sesungguhnya Jibrail (as) telah membisikkan (doa) kepadaku, katanya: Celakalah orang yang mendapati bulan Ramadhan tetapi dosanya tidak juga diampuni. Lalu aku pun mengaminkan doa tersebut. Ketika aku naik ke anak tangga kedua, dia berkata lagi: Celakalah orang yang (apabila) disebut namamu di sisinya tetapi dia tidak menyambutnya dengan selawat ke atasmu. Lalu aku pun mengaminkannya. Dan ketika aku naik ke anak tangga yang ketiga, dia berkata lagi: Celakalah orang yang mendapati ibubapanya yang sudah tua atau salah seorang daripadanya, namun mereka tidak memasukkan dia ke dalam surga. Lalu aku pun mengaminkannya. [HR Al-Hakim dan sanadnya Sahih]
MANDI KERANA LETIH BERPUASA
Daripada Abu Bakar bin Abdurrahman radhiyallahu ‘anhu; “Telah berkata sahabat yang menceritakan kepadaku: Aku pernah melihat Nabi salallahu ‘alaihi wassalam pada hari Saif menyiram air ke atas kepala baginda kerana sangat panas dan dahaga sedangkan bagida berpuasa”.
[Hadis riwayat Imam Ahmad, Abu Daud]
DOA SEJURUS BERBUKA PUASA
Ketika hendak membatalkan puasa dengan makan dan minum bacalah basmalah sebagaimana sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam,
“Apabila salah seorang di antara kalian makan, maka hendaknya ia menyebut nama Allah Ta’ala. Jika ia lupa untuk menyebut nama Allah Ta’ala di awal, hendaklah ia mengucapkan: “Bismillaahi awwalahu wa aakhirohu (dengan nama Allah pada awal dan akhirnya).” Hadis Shahih [HR. Abu Daud no. 3767, Ahmad 6/207-208 dan At Tirmidzi no. 1858.
Kemudian sebaik-baik doa adalah apa yang diajar oleh Rasulullah SAW ketika berbuka iaitu mohon pahala. Hal ini berdasarkan hadis Nabi SAW:
ذَهَبَ الظَّمَأُ وَابْتَلَّتْ الْعُرُوقُ وَثَبَتَ الْأَجْرُ إنْ شَاءَ اللَّهُ تَعَالَى
Maksudnya: “Telah hilanglah dahaga, urat-urat telah basah, dan telah terhasil pahala, insyaAllah.” Sunan Abi Dawud (2357)
Menurut Imam Ibn Hajar al-Haitami dan Imam Ramli, doa ini dibaca sejurus selepas berbuka (عقب), bukan sebelumnya. (Lihat Imam Ibn Hajar al-Haitami dalam Tuhfatul Muhtaj, 3/435 dan Imam Ramli dalam Nihayatul Muhtaj, 3/183. Doa-doa ini turut disebut oleh Imam Nawawi dalam kitabnya Al-Azkaar).
TIDAK MENGANGKAT TANGAN BAGI DOA KHUTBAH JUMAAT
Inilah pendapat mazhab As-Syafiey.
عَنْ حُصَيْنٍ عَنْ عُمَارَةَ بْنِ رُؤَيْبَةَ قَالَ رَأَى بِشْرَ بْنَ مَرْوَانَ عَلَى الْمِنْبَرِ رَافِعًا يَدَيْهِ فَقَالَ قَبَّحَ اللَّهُ هَاتَيْنِ الْيَدَيْنِ لَقَدْ رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- مَا يَزِيدُ عَلَى أَنْ يَقُولَ بِيَدِهِ هَكَذَا. وَأَشَارَ بِإِصْبَعِهِ الْمُسَبِّحَةِ.
Daripada Hushain (bin ’Abdirrahman) daripada ‘Umaarah bin Ruaibah dia berkata bahawasanya dia melihat Bisyr bin Marwan di atas mimbar dengan mengangkat kedua tangannya ketika berdoa (pada hari Jumaat).
Maka ‘Umaarah pun berkata: “Semoga Allah memburukkan kedua tangan ini. Sungguh aku telah melihat Rasulullah sallallaahu ‘alaihi wassalam ketika berada di atas mimbar tidak menambahkan sesuatu lebih dari hal seperti ini.” Maka dia mengisyaratkan dengan jari telunjuknya. (Hadis Riwayat. Muslim no. 874)
Dalam riwayat lain disebutkan:
مَا زَادَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى هَذَا وَأَشَارَ بِإِصْبَعِهِ السَّبَّابَةِ
“Rasulullah salallahu ‘alaihi wassalam tidaklah menambah lebih dari itu dan beliau berisyarat dengan jari telunjuknya.” (Hadis Riwayat. An Nasai no. 1412)
Imam Nawawi rahimahullah berkata: “Yang menepati ajaran Rasul sallallahu ‘alaihi wassalam adalah tidak mengangkat tangan (untuk berdoa) saat berkhutbah. Ini adalah pendapat Imam Malik, pendapat ulama Syafi’iyah dan selainnya.
Namun, sebahagian salaf dan sebahagian ulama Malikiyah membolehkan mengangkat tangan saat doa khutbah Jumaat kerana Nabi sallallahu ‘alaihi wassalam dahulu pernah mengangkat tangan sewaktu berdoa istisqo’ (minta hujan).
Namun ulama yang melarang hal ini menyanggah bahawa Nabi shallallahu ‘alaihi wassalam mengangkat tangan saat itu kerana ada suatu sebab (iaitu khusus pada do’a istisqo’).” (Syarh Muslim 6: 162).
#SuaraSunnah #Ashujaa #KhutbahJumaat
TERUJAAN GENERASI TERDAHULU MENANTI KEDATANGAN RAMADAN
Sebahagian ulama salaf menceritakan; “Mereka (para sahabat Nabi) berdoa kepada Allah selama 6 bulan agar mereka dapat bertemu bulan Ramadan” [Lathaaiful Ma’arif hal. 232].
Generasi salafus soleh, mereka sangat mempersiapkan diri menyambut Ramadan dengan sebaik-baiknya. Mereka merinduinya dan mereka ingin merebut rahmat Allah yang datang bersama Ramadan dengan memperbanyakkan amal ibadat.
SIAPA KHAWARIJ SEBENARNYA?
Imam Shahrustani menyatakan “Setiap orang yang memberontak terhadap pemimpin yang sah, yang disepakati oleh rakyat sebagai pemimpin mereka maka dia disebut sebagai Khariji (kata tunggal dari Khawarij).
Sama saja apakah dia melakukan pemberontakan itu pada masa sahabat masih hidup kepada para pemimpin yang lurus, atau setelah masa mereka iaitu kepada para tabi’in yang sentiasa mengikuti pendahulu mereka dengan baik, serta para pemimpin di setiap zaman.” (al-Milal wan-Nihal [1/28] as-Syamilah)
ASALKAN BAIK, APA SALAHNYA?
Di Indonesia hari ini apa yang berlaku? Kita Ahad malam ini baru hendak pergi tengok anak bulan, Di Indonesia bukan setakat tengok anak bulan, sudah tarawikh dah.. Indonesia di Yogyakarta! Ini berdasarkan kaedah ‘awai tak kalut’!
Kita tak boleh marah kat depa ini, kita tak boleh marah dekat geng puasa awai, tarawikh awal ini. Pertama! Fasal mereka buat benda baik, kita jangan duk kalut depa hendak puasa awal, kita pi kalut dengan yang tak puasa langsung! Amboi! Asal baik apa salahnya.. Depa ini bagus, depa sembahyang awal, puasa awal, depa pula buat ibadat, benda baik! Apa salahnya?
Dan kita kena raikan perbezaan pendapat. Nanti akan keluar pulak, sembanyang tarawikh cepat. Bila orang tanya kenapa sembahyang cepat? Kerana di sini kebiasaan Pak!
– Ustaz Mohd Rizal Azizan
8/3/2024, Masjid Al-Mursyid.
MENCARI JALAN KE SYURGA DENGAN ILMU
Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah salallahu ’alaihi wassalam bersabda;
وَمَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللَّهُ لَهُ بِهِ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ
“Sesiapa yang menempuh jalan menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju syurga.” [Hadis riwayat Muslim]
Ibnu Rajab Al-Hanbali rahimahullah berkata, “Seharusnya setiap penuntut ilmu berusaha untuk meraih manfaat dari ilmu diin.
Kerana ilmu itu akan membawa kepada Allah dan mempelajari ilmu adalah jalan yang paling singkat menghadapNya.” [Jami’ Al-‘Ulum wa Al-Hikam].
#SuaraSunnah
#IbnRajab
#Ilmu
#Ashujaa
SENTIASALAH BERSELAWAT
Selawat ke atas Rasulullah SAW merupakan satu tuntutan di dalam agama ini. Ini kerana, di sana terdapat banyak kelebihan bagi orang yang sentiasa berselawat ke atas Nabi SAW sebagaimana yang dikhabarkan oleh Baginda SAW:
Daripada Abdullah bin ‘Amr radhiyallahu anhu, Rasulullah salallahu ’alaihi wassalam bersabda;
فَإِنَّهُ مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلَاةً صَلَّى الله عَلَيْهِ بِهَا عَشْرًا
“Sesungguhnya barangsiapa yang berselawat ke atasku dengan satu selawat, maka Allah subhana wa ta’ala akan berselawat ke atasnya dengan sepuluh selawat.” [Hadis riwayat Muslim]
#SuaraSunnah
#DahSelawatHariIni
#Ashujaa
MENINGGGALKAN LISAN YANG BURUK DAN SEDIA MEMAAFKAN ORANG
Adab Rasulullah salallahu ’alaihi wassalam telah dipuji oleh Allah Ta’ala dalam sebuah hadis qudsi, Allah berfirman;
“Engkau (Muhammad) adalah hambaKu dan RasulKu, aku namai engkau Al-Mutawakkil, engkau bukan orang yang keras dan kasar, bukan orang yang suka berteriak-teriak di pasar, engkau tidak membalas keburukan dengan keburukan, bahkan engkau pemaaf dan lapang dada.” [Hadis riwayat al-Bukhari].
#Ashujaa
#SuaraSunnah
REALITI PENGIKUT MAZHAB AS-SYAFIEY DI NUSANTARA
وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَشْتَرِي لَهْوَ الْحَدِيثِ لِيُضِلَّ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ بِغَيْرِ عِلْمٍ وَيَتَّخِذَهَا هُزُوًا أُولَئِكَ لَهُمْ عَذَابٌ مُهِينٌ
“Dan antara manusia ada orang yang mempergunakan lahwal hadis untuk menyesatkan manusia dari jalan Allah tanpa pengetahuan dan menjadikan jalan Allah itu olok-olokan. Mereka itu akan memperoleh azab yang menghinakan.” [Quran, Luqman: 6].
Mayoritas ahli tafsir menafsirkan lahwal hadis dalam ayat ini maknanya: al ghina’ (nyanyian). Ini merupakan tafsir Ibnu Abbas, Jabir bin Abdillah, Mujahid, Ikrimah. Namun yang dimaksud nyanyian di sini adalah nyanyian yang diiringi alat musik.
Rasulullah Salallahu’alaihi wassalam bersabda:
لَيَكُونَنَّ مِنْ أُمَّتِي أَقْوَامٌ يَسْتَحِلُّونَ الحِرَ والحريرَ والخَمْرَ والمَعَازِفَ
“Akan datang kaum daripada umatku kelak yang menghalalkan zina, sutera, khamr, dan ma’azif (alat musik)”[ Hadis riwayat Bukhari secara mu’allaq dengan shighah jazm]
Imam Asy Syafi’ey juga mengatakan: “Nyanyian merupakan perkara melalaikan yang dibenci, merupakan kebatilan. Barangsiapa memperbanyaknya maka dia seorang yang bodoh. Persaksiannya ditolak” [Talbisul Iblis, Ibnu Jauzi, 1/205].
Imam An Nawawi (wafat 676H), tonggak mazhab Syafi’ey, beliau berkata, “bernyanyi dengan alat-alat musik. Ini merupakan syiar para peminum khamr. Iaitu alat musik yang dipukul seperti tunbur, banjo, simbal dan alat-alat musik yang lainnya dan juga alat musik bertali, semuanya diharamkan menggunakannya dan mendengarkannya”. [Raudhatut Thalibin, 11/228].
Allah Ta’ala berfirman,
وَأَنْ لَيْسَ لِلإنْسَانِ إِلا مَا سَعَى
“Dan bahawasanya seorang manusia tidak memperoleh selain apa yang telah diusahakannya” (Quran, An-Najm: 39).
“Dari ayat ini Imam Syafi’ey dan ulama Syafi’eyah berpendapat bahawa bacaan Al-Qur’an tidak sampai pahalanya pada mayit kerana bacaan tersebut bukan amalan si mayit dan bukan usahanya. Oleh kerana itu, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wassalam tidak menganjurkan dan tidak memotivasikan umatnya untuk melakukan hal tersebut. Tidak ada nas (dalil) dan tidak ada bukti sahih yang memuat anjuran tersebut. Begitu pula tidak ada seorang sahabat Nabi radhiyallahu ‘anhum pun yang menukilkan ajaran tersebut kepada kita” [Tafsir Al-Qur’an Al-‘Azhim karya Ibnu Katsir, 7: 76].
Imam Nawawi mengatakan; “Untuk bacaan Al-Qur’an, pendapat yang masyhur dalam mazhab Syafi’ey, bahawa itu tidak sampai pahalanya kepada mayit. Sementara sebahagian ulama Syafi’eyah mengatakan, pahalanya sampai kepada mayit.” [Syarh Shahih Muslim, 1: 87].
#SuaraSunnah
#Muzik
#MazhabSyafiey
#KirimPahala
#TahlilArwah
#KenduriArwah
#AbahGuroom
POLEMIK AMALAN KHUSUS MALAM NISFU SYA’BAN
Ahlus Sunnah yakni pendokong Sunnah seharusnya faham mereka harus mempertahankan amalan yang dibawa, disarankan dan diteladani oleh Nabi salallahu ‘alaihi wassalam. Mengikut sunnah bukan sahaja, cuba sedaya upaya melakukan ibadah dengan cara Nabi, malah meninggalkan apa yang Nabi tidak lakukan apabila hal itu sudah pun berlangsung di zaman baginda.Bukankah malam-malam nisfu sya’ban turut dilalui baginda dan sahabat-sahabat baginda sebelum kalian? Adakah amalan membaca yasin 3x, solat dan doa khusus yang ditetapkan oleh baginda?
Tiada siapa yang ingin memusuhi orang yang ingin membaca Quran, bersolat dan bermunajat. Yang menjadi titik masalah di sini ialah menetapkan (kaifiat: tatacara) bacaan tertentu, solat tertentu, doa tertentu, fadhilat tertentu kerana yang boleh menentukannya hanya Rasulullah dengan petunjuk wahyu.
“Barangsiapa yang mengada-ngada dalam urusan (agama) kami ini, sesuatu yang bukan darinya, maka ia tertolak” [ Riwayat Bukhari dan Muslim].
#SuaraSunnah
#Yasin
#NisfuSyaaban
#Ashujaa
BERZINA TERANG-TERANGAN, BANGGA DAN DIMASYHURKAN
Daripada Anas bin Malik, beliau mengatakan kepada Qotadah,
“Sungguh aku akan memberitahukan kepada kalian suatu hadis yang tidak pernah kalian dengar daripada orang-orang sesudahku. Kemudian Anas mengatakan;
إِنَّ مِـنْ أَشْـرَاطِ السَّاعَـةِ أَنْ يُـرْفَعَ الْعِلْمُ ، وَ يَـظْهَـرَ الْـجَـهْـلُ ، وَيَفْشُوَ الـزِّنَـى ، وَيُـشْـرَبَ الْـخَـمْـرُ ، وَيَذْهَبُ الـرِّجَالُ ، وَتَبْقَى النّـِسَاءُ ، حَتَّى يَـكُوْنَ لِـخَمْسِيْـنَ امْـرَأَةً قَـيّـِمٌ وَاحِدٌ.
“Antara tanda-tanda hari Kiamat adalah hilangnya ilmu, tersebarnya kebodohan, banyak diminum khamr, merebaknya perzinaan, sedikitnya lelaki, dan ramainya wanita. Hinggakan, lima puluh orang wanita diurus oleh seorang lelaki. [Hadis riwayat Bukhari dan Muslim]. – lafaz di atas daripada Muslim.
#SuaraSunnah
#Ashujaa
#Zina
#Kiamat
#DaddyAsh
MENINGGALKAN HAL YANG TIDAK BERMANFAAT
مِنْ حُسْنِ إِسْلاَمِ الْمَرْءِ تَرْكُهُ مَا لاَ يَعْنِيهِ
Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah salallahu ’alaihi wassalam bersabda;
“Antara tanda kebaikan keislaman seseorang adalah meninggalkan hal yang tidak bermanfaat.” [Hadis riwayat at-Tirmidzi dan Ibnu Majah]
#SuaraSunnah #Ashujaa #HadisArbain
LARANGAN MENGADU DOMBA
عَنْ حُذَيْفَةَ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ نَمَّامٌ
Daripada Huzaifah radhiyallahu ‘anhu, beliau mendengar Rasulullah salallahu ’alaihi wassalam bersabda;
“Tidak akan masuk syurga orang yang suka mengadu domba.” [Hadis riwayat Muslim]
• adu domba, ; mengadudombakan, memperadudombakan memperlagakan seseorang (sesuatu golongan dan lain-lain) dengan yang lain. [Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat].
LARANGAN MENCELA MAKANAN
مَا عَابَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ طَعَامًا قَطُّ إِنْ اشْتَهَاهُ أَكَلَهُ وَإِنْ كَرِهَهُ تَرَكَهُ
Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu;
“Rasulullah salallahu ’alaihi wassalam sama sekali tidak pernah mencela makanan. Apabila baginda berselera (suka), beliau memakannya. Apabila beliau tidak suka, beliau pun meninggalkannya.” [Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim]
#SuaraSunnah #AbuHurairah #AdabMakan #Ashujaa
PENYEBAB SESEORANG ITU NAMPAK BEGITU MULIA DAN HEBAT
Ibnu Qayyim al-Jauziyyah rahimahullah telah berkata; “Ketahuilah bahawa manusia apabila takjub kepadamu tidak lain kerana takjub dengan indahnya tabir yang menutupi (dosa)mu.” [Madarijus Salikin 2/293]
#SuaraSunnah
#Ashujaa
#IbnuQayyim
MAKAN ATAU SOLAT DAHULU?
Daripada Aisyah, dia mendengar Rasulullah salallahu ‘alaihi wasallam bersabda;
“Tidak ada solat ketika makanan telah dihidangkan, begitu juga tidak ada solat bagi yang menahan (kencing atau buang air besar).” [Hadis riwayat Muslim]
Penjelasan:
https://muftiperlis.gov.my/index.php/minda-mufti/651-makan-dulu-atau-solat-dulu
#SuaraSunnah
#Ashujaa
#Makan
MEMELIHARA DAN MENGAGUNGKAN SUNNAH
فَمَنْ رَغِبَ عَنْ سُنَّتِي فَلَيْسَ مِنِّي
“Barangsiapa membenci sunnahku, maka dia bukan umatku.” (HR. Bukhari dan Muslim)
Menurut ulama hadis, sunnah adalah ucapan, perbuatan, persetujuan, hingga bentuk fizikal dan akhlak Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam.
Manakala menurut ulama Usul, sunnah adalah ucapan, perbuatan, dan persetujuan yang dinukil daripada Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam.
#SuaraSunnah
#DefinisiSunnah
#Ashujaa
HAL YANG MENJADI TARIKAN SYURGA DAN NERAKA
Rasulullah salallahu ‘alaihi wasallam bersabda; “Neraka itu diliputi dengan hal-hal yang disukai syahwat dan syurga itu diliputi dengan hal-hal yang tidak disukai jiwa.” – [Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim]
#SuaraSunnah #Ashujaa
SEDEKAH KEPADA KAUM KERABAT
Daripada Salman bin ‘Amir radhiyallahu ’anhu, Rasulullah salallahu ‘alaihi wasallam bersabda;
“Sesungguhnya sedekah kepada orang miskin pahalanya satu sedekah, sedangkan sedekah kepada kerabat pahalanya dua; pahala sedekah dan pahala menjalinkan hubungan kekeluargaan.” [Hadis riwayat An-Nasa’i, Tirmidi dan Ibnu Majah]
#SuaraSunnah #Ashujaa #sedekah
MALU BERTEMPAT MEMBAWA KEBAIKAN
Rasulullah salallahu ‘alaihi wasallam bersabda “Rasa malu tidaklah datang kecuali membawa kebaikan.” [Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim].
#SuaraSunnah #Ashujaa #Malu
SUKA DAN DUKA KEHIDUPAN
Ikrimah –rahimahullah– pernah mengatakan,
ليس أحد إلا وهو يفرح ويحزن، ولكن اجعلوا الفرح شكراً والحزن صبر
“Setiap insan pasti pernah merasakan kebahagiaan dan kedukaan. Oleh kerana itu, jadikanlah kebahagiaanmu itu syukur dan kedukaanmu itu sabar.” [Umdatul Tasfir 3/640]
#SuaraSunnah #Ashujaa #Ikrimah
EDISI HADIS PALSU #2
مَنْ صَامَ ثَلاَثَةَ أَيَّامٍ مِنْ رَجَبَ كُتِبَ لَهُ صِيَامُ شَهْرٍ وَمَنْ صَامَ سَبْعَةَ أَيَّامٍ مِنْ رَجَبَ أَغْلَقَ اللهُ عَنْهُ سَبْعَةَ أَبْوَابٍ مِنَ النَّارِ وَمَنْ صَامَ ثَمَانِيَةَ أَيَّامٍ مِنْ رَجَبٍ فَتَحَ اللهُ ثَمَانِيَةَ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ، وَمَنْ صَامَ نِصْفَ رَجَبَ حَاسَبَهُ اللهُ حِسَاباً يَسِيْراً.
“Barangsiapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab, dituliskan baginya (ganjaran) puasa satu bulan, barangsiapa berpuasa tujuh hari pada bulan Rejab, maka Allah tutupkan baginya tujuh buah pintu api Neraka, barangsiapa yang berpuasa lapan hari pada bulan Rejab, maka Allah membukakan baginya delapan buah pintu dari pintu-pintu Syurga. Dan barangsiapa puasa setengah bulan Rejab, maka Allah akan menghisabnya dengan hisab yang mudah.”
STATUS: HADIS (مَوْضُوْعٌ) PALSU
Hadis ini termaktub dalam kitab al-Fawaa-idul Majmu’ah fil Ahaadits al-Maudhu’ah (no. 288). Setelah membawakan hadis ini Imam asy-Syaukani berkata: “Suyuthi membawakan hadis ini dalam kitabnya, al-Laaliy al-Mashnu’ah, dia berkata: ‘Hadis ini diriwayatkan dari jalan Amr bin al-Azhar dari Abaan dari Anas secara marfu’.’”
Dalam sanad hadis tersebut ada dua perawi yang sangat lemah:
1. ‘Amr bin al-Azhar al-‘Ataky.
Imam an-Nasa-i berkata: “Dia matrukul hadis.” Sedangkan kata Imam al-Bukhari: “Dia dituduh sebagai pendusta.” Kata Imam Ahmad: “Dia sering memalsukan hadis.”
Periksa, adh-Dhu’afa wal Matrukin (no. 478) oleh Imam an-Nasa-i, Mizaanul I’tidal (III/245-246), al-Jarh wat Ta’dil (VI/221) dan Lisaanul Mizaan (IV/353).
2. Abaan bin Abi ‘Ayyasy, seorang Tabi’in shaghiir.
Imam Ahmad dan an-Nasa-i berkata: “Dia matrukul hadis (ditinggalkan hadisnya).” Kata Yahya bin Ma’in: “Dia matruk.” Dan beliau pernah berkata: “Dia rawi yang lemah.”
Periksa: Adh Dhu’afa wal Matrukin (no. 21), Mizaanul I’tidal (I/10), al-Jarh wat Ta’dil (II/295), Taqriibut Tahdzib (I/51, no. 142).
Hadis ini diriwayatkan juga oleh Abu Syaikh dari jalan Ibnu ‘Ulwan dari
Abaan. Kata Imam as-Suyuthi: “Ibnu ‘Ulwan adalah pemalsu hadis.” [Lihat al-Fawaaidul Majmu’ah (hal. 102, no. 288)]
#BulanRejab #SuaraSunnah #EdisiHadisPalsu #KelebihanYasin #Ashujaa
AGAMA DIJADIKAN SORAKAN HIBURAN
وَذَرِ الَّذِيْنَ اتَّخَذُوْا دِيْنَهُمْ لَعِبًا وَّلَهْوًا وَّغَرَّتْهُمُ الْحَيٰوةُ الدُّنْيَا
Allah berfirman; “Dan jauhkanlah diri daripada orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai permainan dan hiburan, dan mereka pula telah diperdayakan oleh kehidupan dunia.” [Quran, Al-An’am:70]
#SuaraSunnah #Ashujaa #BaniTamim #BaniQanturah #Keturah #HidupMelayu #Silat #MasjidNabawi
MAHU JAMINAN DARIPADA ALLAH?
Rasulullah salallahu ‘alaihi wasallam bersabda;
“Barangsiapa yang solat Subuh, maka dia berada dalam jaminan Allah. Oleh itu janganlah menyakiti orang yang solat Subuh tanpa jalan yang benar.
Jika tidak, Allah akan menyeksanya dengan menelengkupkannya di atas wajahnya dalam neraka Jahannam. [Hadis riwayat Muslim].
#SuaraSunnah #Ashujaa #JaminanAllah #SubuhMacamJumaat
HIDUP & BERCINTALAH SESUKA HATIMU
Sahl bin Sa’ad radhiyallahu ‘anhu menyatakan bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,
أتاني جبريلُ ، فقال : يا محمدُ عِشْ ما شئتَ فإنك ميِّتٌ ، وأحبِبْ ما شئتَ ، فإنك مُفارِقُه ، واعملْ ما شئتَ فإنك مَجزِيٌّ به ، واعلمْ أنَّ شرَفَ المؤمنِ قيامُه بالَّليلِ ، وعِزَّه استغناؤه عن الناسِ
“Jibril ‘alaihissalam pernah datang kepadaku seraya berkata, ‘Hai Muhammad! Hiduplah sesukamu, sesungguhnya engkau akan menjadi mayit. Cintailah siapa saja yang engkau suka, sesungguhnya engkau pasti akan berpisah dengannya. Dan beramallah semaumu, sesungguhnya engkau akan menuai balasannya.
Dan ketahuilah bahawa kemuliaan seorang mukmin terletak pada solat malam dan kehormatannya adalah rasa kecukupan daripada manusia.’” (HR. Thabrani dan dinilai hasan oleh Syekh Al-Albani)
#SuaraSunnah #Ashujaa #Cinta #Jibrail
GANJARAN DARI KESUSAHAN DAN KEPERITAN HIDUP
Sufian ats Tsaury rahimahullah berkata :
بلغنا والله أعلم أن أكثر ما يجد المؤمن يوم القيامة في كتابه من الحسنات الهم والحزن
“Telah sampai kepada kami bahawa pahala yang paling banyak diperolehi seorang muslim dalam catatan amalnya adalah (dari) kesusahan dan kesedihan.”
[Al Hilyah 7/50]
EDISI HADIS PALSU #1
“SURAH YASIN TERGANTUNG NIAT ORANG MEMBACANYA”
Imam Sakhawi rahimahullah menyatakan hadis ini, “Tidak ada asalnya” (Al-Maqashid Al-Hasanah, 741. Al-Qadhi Zakariya dalam catatan Baidhawi mengatakan bahawa hadis ini mawdhu’. Sebagaimana terdapat dalam ‘Kasyful Khafa’, hlm. 619 dan yang lainnya.)
Ungkapan ini tidak boleh disandarkan kepada Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam atau salah seorang sahabat, tabiin dan para imam melainkan ia adalah ijtihad ulama silam, namun tidak didukung dalil Al-Qur’an dan sunnah.
Penjelasan lanjut Mufti Perlis:
https://muftiperlis.gov.my/index.php/minda-mufti/838-bolehkah-membaca-yasin-dan-meminta-hajat
#SuaraSunnah #EdisiHadisPalsu #KelebihanYasin #Ashujaa
TERPESONA DENGAN KEPETAHAN BICARA
Umar bin Khattab radhiyallahu ‘anhu berkata,
لا يعجبنكم من الرجل طَنْطَنَتُه، ولكن من أدى الأمانة وكف عن أعراض الناس فهو الرجل.
“Jangan sesekali kalian terkagum dengan bagusnya seseorang dalam menyampaikan ucapan tetapi seseorang yang menunaikan amanah dan menahan diri dari membicarakan kehormatan orang lain, dialah orang yang benar-benar mulia.” [As-Sunan al-Kubra, karya al-Baihaqy, jilid 6 hlm. 288]
#Ashujaa #SuaraSUnnah #Umar
LEKA DALAM ISTIDRAJ
Daripada ‘Uqbah bin ‘Amir radhiyallahu ‘anhu, Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda;
“Bila kamu melihat Allah memberi kepada hamba dari (perkara) dunia yang diinginkannya, padahal dia terus berada dalam kemaksiatan kepadaNya, maka (ketahuilah) bahawa hal itu adalah istidraj daripada Allah.” [Hadis riwayat Ahmad]
#Ashujaa #SuaraSUnnah #Istidraj
TUTUPLAH AIB SAUDARAMU
HARI TERBAIK BAGIMU
Ibnu Qayyim rahimalullah berkata; ”Hari terbaik dan utama bagi seorang hamba adalah hari di mana dia bertaubat kepada Allah.” [Zadul Ma’ad: 3/512].
#SuaraSunnah #Ashujaa #IbnQayyim
KEHIDUPAN YANG SEMPIT
وَمَنۡ اَعۡرَضَ عَنۡ ذِكۡرِىۡ فَاِنَّ لَـهٗ مَعِيۡشَةً ضَنۡكًا وَّنَحۡشُرُهٗ يَوۡمَ الۡقِيٰمَةِ اَعۡمٰى
Wa man a’rada ‘an Zikrii fa inna lahuu ma’iishatan dankanw wa nahshuruhuu Yawmal Qiyaamati a’maa
Dan barang siapa berpaling daripada peringatanKu, maka sungguh, dia akan menjalani kehidupan yang sempit dan Kami akan mengumpulkannya pada hari Kiamat dalam keadaan buta.” [Quran, Ta-Ha:124].
#SuaraSunnah #Ashujaa
BUAT MEREKA YANG SERING MENDATANGI MASJID
Daripada Abi Said al-Khudri bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda;
“Bila kamu sekalian melihat seseorang yang sentiasa pergi ke masjid, maka persaksikanlah keimanan untuknya. [Hadis riwayat at-Tirmidzi #1060, Ibnu Majah #802]
#SuaraSunnah #Ashujaa #MasjidAlHussain #KualaPerlis
SAMPAI BILA KALIAN MAHU TERUS HANYUT?
Tiada sesiapa pun mengetahui bilakah saat nyawanya akan berakhir, kesempatan usia yang panjang jangan dipersiakan dari memperbaiki diri untuk meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah ta’ala.
Mari kita renungi kata-kata seorang tabi’in dan ahli hadis fenomena bernama Fudhail bin Iyadh rahimahullah;
“Berbuat baiklah di sisa usiamu, dengan itu akan diampuni dosa-dosamu yang telah lalu dan yang akan datang, kerana jika kamu masih rancak bermaksiat di sisa usiamu maka kamu akan dihukum kerana dosamu yang lalu dan dosamu yang akan datang.” [Hilyah al-Awliya’ 8/118].
#SuaraSunnah #Ashujaa #FudhailIyadh
DOA BERLINDING DARIPADA GANGGUAN SYAITAN
رَّبِّ اَعُوْذُ بِكَ مِنْ هَمَزٰتِ الشَّیٰطِیْنِۙ وَ اَعُوْذُ بِكَ رَبِّ اَنْ یَّحْضُرُوْنِ
“Robbi a’uudzubika min hamazaatisy-syayaathiin wa a’udzubika robbi ayyahdhuruun.”
“Wahai Tuhanku, aku berlindung kepadaMu daripada bisikan-bisikan syaitan, dan aku berlindung kepadaMu wahai Tuhanku agar mereka tidak mendekatiku.” [Quran, Al-Mukminun: 97-98]
#SuaraSunnah #Ashujaa
AL-FATIHAH ITU PENAWAR
Rasulullah salallahu ‘alaihi wassalam bersabda: “Tidakkah kamu ketahui bahawa surah Fatihah bersifat ruqyah.” [Riwayat al-Bukhari #5736) dan Muslim #2201]
“Aku pernah menginap di Makkah selama beberapa ketika lalu aku jatuh sakit, aku tidak mendapatkan seorang tabib pun disana, maka aku cuba merawati diriku sendiri dengan membaca surah Al-Fatihah dan aku dapati perubahan yang sangat menakjubkan, sejak saat itu aku sering menyarankan kepada orang-orang yang mengeluh kerana penyakitnya untuk membaca Al-Fatihah dan banyak daripada mereka telah sembuh dengan cepat.” [Ibn Qayyim rahimahullah, Ad-daa’ wa Ad’dawaa’ hal. 9].
#SuaraSunnah #Ashujaa #IbnQayyim #MukjizatAlFatihah
KERUGIAN BERSAHABAT DENGAN ORANG TAK BERAKAL
Imam Syafi’ey rahimahullah telah berkata; “Kerugian orang bodoh itu adalah akalnya yang sedikit, sedangkan kerugian orang yang berilmu itu adalah kawan yang sedikit. Tapi yang lebih merugikan daripada keduanya adalah orang yang berkawan dengan orang tak berakal.” [Manaaqib Asy Syafi’ey karya Ibnu Katsiir (hal. 239)]
#SuaraSunnah #Ashujaa #ImamAsSyafiey
SUNNAH MENGIBAS TILAM SEBELUM TIDUR
إِذَا قَامَ أَحَدُكُمْ عَنْ فِرَاشِهِ ثُمَّ رَجَعَ إِلَيْهِ فَلْيَنْفُضْهُ بِصَنِفَةِ إِزَارِهِ ثَلاَثَ مَرَّاتٍ
Maksudnya : “Apabila salah seorang daripada kamu bangun dari tempat tidurnya, kemudian dia kembali kepadanya, maka hendaklah dia mengibaskannya dengan hujung kainnya sebanyak tiga kali.” Riwayat al-Tirmizi (3401).
Di dalam riwayat lain datang dengan lafaz :
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, bahawa Nabi salallahu ‘alaihi wassalam bersabda :
إِذَا أَوَى أَحَدُكُمْ إِلَى فِرَاشِهِ، فَلْيَأْخُذْ دَاخِلَةَ إِزَارِهِ، فَلْيَنْفُضْ بِهَا فِرَاشَهُ، وَلْيُسَمِّ اللهَ، فَإِنَّهُ لَا يَعْلَمُ مَا خَلَفَهُ بَعْدَهُ عَلَى فِرَاشِهِ، فَإِذَا أَرَادَ أَنْ يَضْطَجِعَ، فَلْيَضْطَجِعْ عَلَى شِقِّهِ الْأَيْمَنِ، وَلْيَقُلْ : سُبْحَانَكَ اللهُمَّ رَبِّي بِكَ وَضَعْتُ جَنْبِي، وَبِكَ أَرْفَعُهُ، إِنْ أَمْسَكْتَ نَفْسِي، فَاغْفِرْ لَهَا، وَإِنْ أَرْسَلْتَهَا فَاحْفَظْهَا بِمَا تَحْفَظُ بِهِ عِبَادَكَ الصَّالِحِينَ
Maksudnya : “Sekiranya salah seorang daripada kamu mendatangi tempat tidurnya, hendaklah dia mengambil (memegang) bahagian dalam kainnya, kemudian mengibas tempat tidurnya dengan kain tersebut serta sebutlah nama Allah (iaitu membaca Bismillah), kerana sesungguhnya tidak ada seorang pun yang tahu apa yang terjadi setelah dia meninggalkan tempat tidurnya.
Sekiranya dia mahu berbaring, berbaringlah di sebelah rusuk kanannya dan berdoa; Maha suci Engkau, Ya Allah Wahai Tuhanku, dengan namaMu aku berbaring, dan dengan namaMu aku angkat pinggangku. Jika Engkau menahan nyawaku, maka berilah keampunan kepadanya dan jika Engkau melepaskannya, maka peliharalah sebagaimana hamba-hambaMu yang soleh.” Hadis riwayat Muslim (2714).
#Ashujaa #SuaraSunnah
USTAZ BADUT & KOMEDI
Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda; “Celakalah bagi yang berbicara lantas berdusta hanya kerana ingin membuat suatu kaum tertawa. Celakalah dia, celakalah dia.” [Hadis riwayat at-Tirmidzi #3315, Abu Dawud #4990]
#Ashujaa #SuaraSunnah #UstazPelawak #UstazBadut #UstazPelawak
YANG MEMAKMURKAN MASJID
اِنَّمَا يَعْمُرُ مَسٰجِدَ اللّٰهِ مَنْ اٰمَنَ بِاللّٰهِ وَالْيَوْمِ الْاٰخِرِ وَاَقَامَ الصَّلٰوةَ وَاٰتَى الزَّكٰوةَ وَلَمْ يَخْشَ اِلَّا اللّٰهَ ۗفَعَسٰٓى اُولٰۤىِٕكَ اَنْ يَّكُوْنُوْا مِنَ الْمُهْتَدِيْنَ
“Sesungguhnya yang memakmurkan masjid Allah hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, serta (tetap) melaksanakan solat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada apa pun) kecuali kepada Allah. Maka mudah-mudahan mereka termasuk orang-orang yang mendapat petunjuk. [Quran, At-Taubah: 18].
AWAS! BERAMAL TANPA ILMU ITU LEBIH MEROSAKKAN
Imam Ibnu Sirin berkata; “Demi Dzat yang tiada sesembahan yang hak selain Dia, tidaklah seseorang beramal di atas kebodohan melainkan apa yang dia rosakkan pasti lebih banyak dari apa yang dia perbaiki.” [Al-Istidzkar karya Ibnu Abdil Barr 8/616]
#SuaraSunnah #Ashujaa #bidaah
ASALNYA KITA DILAHIRKAN SUCI DAN BERSIH
Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda; “Setiap anak yang dilahirkan itu dalam keadaan fitrah (suci bersih), kedua-dua ibu bapanyalah yang mencorakkannya menjadi Yahudi atau Nasrani atau Majusi”. [Hadis riwayat Bukhari #1385]
#SuaraSunnah #Ashujaa #Fitrah
FIKIR SEBELUM BERKATA
Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda; ”Sesungguhnya ada seorang hamba yang berbicara dengan suatu perkataan tanpa memikirkan bahayanya terlebih dahulu, sehingga membuatnya dilempar ke neraka dengan jarak yang lebih jauh dari jarak antara timur dan barat”. [Hadis riwayat Muslim]
#SuaraSunnah #Ashujaa
SENYUM ADALAH SEDEKAH
Daripada Abu Dzar radhiyallahu ‘anhu, dia berkata Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda; ”Senyummu di hadapan saudaramu adalah sedekah bagimu”. [Hadis riwayat at-Tirmidzi #1956, Ibnu Hibban #474]
#SuaraSunnah #Ashujaa #Senyum
BERKATA BAIK ATAU DIAM
إِنَّ الْعَبْدَ لَيَتَكَلَّمُ بِالْكَلِمَةِ مَا يَتَبَيَّنُ مَا فِيهَا يَهْوِى بِهَا فِى النَّارِ أَبْعَدَ مَا بَيْنَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ
“Sesungguhnya ada seorang hamba yang berbicara dengan suatu perkataan yang tidak difikirkan bahayanya terlebih dahulu, sehingga membuatnya dilempar ke neraka dengan jarak yang lebih jauh dari jarak antara timur dan barat.” (HR. Muslim no. 2988)
Imam Nawawi rahimahullah dalam Syarh Muslim (18/117) tatkala menjelaskan hadis ini mengatakan, “Ini semua merupakan dalil yang mendorong setiap orang agar selalu menjaga lisannya sebagaimana Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam juga bersabda,
مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْرًا، أَوْ لِيَصْمُتْ
“Barang siapa beriman kepada Allah dan hari akhir, maka berkatalah baik atau diam.” (HR. Bukhari no. 6018 dan Muslim no. 47).
Sepatutnya setiap orang yang berbicara dengan suatu perkataan atau kalimat, merenungkanlah apa yang akan dia ucap. Jika memang ada manfaatnya, barulah dia berbicara. Jika tidak, hendaklah dia menahan lisannya.”
#SuaraSunnah #Ashujaa
AKU LEBIH BAIK, AKU LAGI HEBAT
Allah Ta’ala berfirman;
“Dan Dia lebih mengetahui (tentang keadaan)mu ketika Dia menjadikan kamu dari tanah dan ketika kamu masih janin dalam perut ibumu; maka janganlah kamu mengatakan dirimu suci. Dialah yang paling mengetahui tentang orang yang bertakwa”. [ Quran, An-Najm: 32 ]
#SuaraSunnah #Ashujaa #TarekatBatiniyyah #Ujub #Suci
DOA SELAMATKAN DARI KEBERANTAKAN RUMAH TANGGA
DOA SELAMATKAN DARI KEBERANTAKAN RUMAH TANGGA
اللَّهُمَّ أَلِّفْ بَيْنَ قُلُوبِنَا وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِنَا وَاهْدِنَا سُبُلَ السَّلاَمِ
ALLAHUMMA ALLIF BAYNA QULUUBINAA, WA ASHLIH DZAATA BAYNINAA, WAHDINAA SUBULAS SALAAM
“Ya Allah, satukanlah hati kami. Perbaikilah keadaan kami. Tunjukilah kami jalan-jalan keselamatan (menuju syurga)”. (Hadis riwayat Abu Daud, no. 969, daripada ‘Abdullah bin Mas’ud *radhiyallahu ‘anhu).
#SuaraSunnah #Ashujaa
MASIH RAMAI YANG TAK TAHU
Perkataan Semit berasal dari kata Sem, yang berakar daripada nama putra Nabi Nuh, yang bernama Sem. Berdasarkan kitab suci Yahudi (Tanakh), daripada keturunan Sem inilah lahirnya bangsa-bangsa rumpun Semit yang mendiami kawasan Timur Tengah, antaranya: bangsa Arab dan bangsa Yahudi. Secara umumnya bangsa Semit merujuk kepada bangsa Arab dan bahasa Arab. Namun, saat ini istilah bangsa Semit hanya digunakan oleh pihak media untuk merujuk kepada bangsa Yahudi (keturunan Yahudi).
Rumpun Bahasa Semit adalah bahasa-bahasa yang dituturkan oleh suku-suku bangsa Semit baik bahasa kuno mahupun bahasa moden, iaitu: Akkadia, Amharik, Amori, Arab, Kasdim, Ebla, Edom, Ge’ez, Mandaik, Moab, Sutean, Tigre dan Tigrinya, Ugarit. Salah satu bahasa Semit yang terkenal adalah Bahasa Arab dan Bahasa Ibrani.
Di negara-negara Barat yang punya sejarah gelap terhadap penganiayaan dan pembunuhan bangsa Yahudi, istilah anti-Semit sangat sensitif. Sesiapa yang melakukan sesuatu yang menyakiti bangsa Yahudi akan dianggap sebagai perbuatan anti-Semitik. Bahkan mengkritik pemerintah Israel dianggap sebagai perbuatan anti-Semitik. Sedangkan telah sedia maklum bangsa Arab lebih menjaga nasab berbanding bangsa Yahudi namun propaganda dan sentimen yang dimainkan mereka telah berjaya menanam kerancuan di benak seluruh umat manusia.
Betapa ramai masih tidak menyedari bahawa mereka TANPA SEDAR telah bersetuju dengan program Yahudi iaitu: 1. HANYA MEREKA BANGSA TERPILIH OLEH TUHAN 2. HANYA MEREKA MENGANUT AGAMA WAHYU (DARI LANGIT) 3. HANYA MEREKA BERHAK KE ATAS PALESTIN
#SuaraSunnah #Ashujaa #TaufanAlAqsa #PalestineWillBeFree
DOA PERLINDUNGAN DARIPADA JIRAN YANG JAHAT, ISTERI CEREWET, ANAK DERHAKA, BEBAN HARTA, DAN KAWAN YANG KHIANAT
اللَّهُمَّ إنِّي أّعُوذُ بِكَ مِنْ جَارِ السُّوءِ، وَمِنْ زَوْجٍ تُشَيِّبُنِي قَبْلَ المَشِيبِ، وَمِنْ وَلَدٍ يَكُونُ عَليَّ رَبّاً، وَمِنْ مَالٍ يَكُونُ عَلَيَّ عَذَابَاً، وَمِنْ خَلِيْلٍ مَاكِرٍ عَيْنُهُ تَرَانِي، وَقَلْبُهُ يَرْعَانِي؛ إِنْ رَأَى حَسَنَةً دَفَنَهَا، وَإِذَا رَأَى سَيِّئَةً أَذَاعَهَا
Allahumma inni a’udzu bika min jaaris suu’, wa min zawji tusyayyibunii qoblal masyiib, wa min waladin yakuunuu ‘alayya robban, wa min maalin yakuunu ‘alayya ‘adzaban, wa min khaliilin maakirin ‘ainuhu tarooni wa qolbuhu yar’aani, in ra-aa hasanatan dafanahaa wa idza ra-aa sayyi-atan adza’ahaa.
Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu daripada jiran yang jahat, daripada pasangan yang menjadikanku beruban sebelum waktunya, daripada anak keturunan yang berkuasa kepadaku, dari harta yang menjadi seksa bagiku, dan daripada kawan dekat yang berbuat muslihat kepadaku; matanya melihat dan hatinya terus mengawasi, bila dia melihat kebaikanku maka dia mengabaikannya, tetapi bila dia melihat kejelikkanku maka dia menyebarkannya. [Hadis riwayat At-Thabrani]
#SuaraSunnah #Ashujaa #DoaPerlindungan
BERMULUT LANCANG DAN MENUDUH ORANG BERZINA
Allâh Azza wa Jalla berfirman:
إِنَّ الَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ الْغَافِلَاتِ الْمُؤْمِنَاتِ لُعِنُوا فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ وَلَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ ﴿٢٣﴾ يَوْمَ تَشْهَدُ عَلَيْهِمْ أَلْسِنَتُهُمْ وَأَيْدِيهِمْ وَأَرْجُلُهُمْ بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ ﴿٢٤﴾ يَوْمَئِذٍ يُوَفِّيهِمُ اللَّهُ دِينَهُمُ الْحَقَّ وَيَعْلَمُونَ أَنَّ اللَّهَ هُوَ الْحَقُّ الْمُبِينُ
Sesungguhnya orang-orang yang menuduh (berbuat zina) kepada wanita yang baik-baik, yang lengah lagi beriman, mereka kena laknat di dunia dan akhirat, dan bagi mereka azab yang besar. Pada hari (ketika), lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan. Di hari itu, Allâh akan memberi mereka balasan yag setimpal menurut ketetapannya, dan tahulah mereka bahawa Allâh-lah yang Benar, lagi Yang menjelaskan (segala sesutatu menurut hakikat yang sebenarnya).[Quran, An-Nûr: 23-25]
Inilah ancaman yang sangat mengerikan bagi orang yang mulutnya lancang, dengan menuduh orang mukmin yang bersih dengan tuduhan zina. Bahkan mereka berhak mendapatkan hukum cambuk 80 kali, dihukumi sebagai orang fasik, dan tertolak persaksiannya. Melainkan dia boleh mendatangkan bukti, iaitu empat laki-laki yang melihat langsung perbuatan keji tersebut dengan mata kepala mereka sendiri.
#SuaraSunnah #Ashujaa
JOM BOIKOT ROKOK!
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan Hukum Merokok Dari Pandangan Islam.
Muzakarah telah memutuskan bahawa merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan.
#SuaraSunnah #Ashujaa #rokokharam
MEMBERI LEBIH BAIK DARI MENERIMA
عَنْ حَكِيْمِ بْنِ حِزَامٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : اَلْيَدُ الْعُلْيَا خَيْرٌ مِنَ الْيَدِ السُّفْلَى، وَابْدَأْ بِمَنْ تَعُوْلُ، وَخَيْرُ الصَّدَقَةِ عَنْ ظَهْرِ غِنًى، وَمَنْ يَسْتَعْفِفْ يُعِفَّهُ اللهُ، وَمَنْ يَسْتَغْنِ يُغْنِهِ اللهُ
Daripada Hakîm bin Hizâm Radhiyallahu anhu, dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam , Beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :
Tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah. Dan mulailah daripada orang yang menjadi tanggunganmu. Dan sebaik-sebaik sedekah adalah yang dikeluarkan daripada orang yang tidak memerlukannya. Barangsiapa menjaga kehormatan dirinya maka Allâh akan menjaganya dan barangsiapa yang merasa cukup maka Allâh akan memberikan kecukupan kepadanya.” [Hadis riwayat Bukhari dan Muslim].
“Bukan orang biasa bercakap, seorang pujangga bercakap. Rasulullah bercakap. Maksudnya pemberi lebih baik daripada penerima. Orang yang beri zakat lebih baik daripada penerima zakat. Orang yang hendak beri zakat, dia kena kaya dahulu. Nak kaya bukan senang, merah mata kerja pagi sampai petang. Maknanya Nabi puji orang yang semacam itu. Bila dia memberi, dia rasa bahagia, lega, seronok. Ini bukan menghina, bukan hendak merendah-rendahkan yang di bawah itu tetapi sebagai galakkan supaya yang di bawah jadi macam yang memberi kepadanya.
Ikutlah dalam apa perkara pun, nampak ringkas sahaja zahirnya pemberi sedekah, pemberi zakat. Tetapi tidak terhenti setakat itu sahaja, misalnya guru lebih baik daripada murid sebab guru yang memberi (ilmu), murid menerima. Ini satu motivasi. Kita kena jadi umat yang boleh menyumbang bukan menumpang sahaja.
Pengeluar barang-barang lebih baik daripada pengguna walaupun kita bayar duit, dia dapat untung banyak, dia lebih beruntung! Ini satu galakkan untuk kita naik ke atas, tidak hanya berpuas hati dengan tangga di bawah sahaja. Tidak! – Maulana (Dr.) Muhammad Asri Yusoff, 5/11/2023, Masjid Alwi.
#SuaraSunnah #Ashujaa #MaulanaAsriYusoff
ANTARA ORANG BERILMU DAN ORANG BODOH ITU ADA PERBEZAANNYA
Kadang-kadang kita jadi hairan bagaimana masih terdapat orang yang mengambil fatwa Rhoma Irama, mazhab Dangdutiyyah yang menyamakan bid’ah itu perkara yang tidak relevan untuk zaman ini seperti azan guna mikrofon, berzikir guna biji tasbih atau pergi haji naik kapal terbang dan sebagainya sedangkan perkembangan ilmu sekarang ini berada di hujung jari sahaja.
Apa jua rujukan, dalil, hujah, pandangan boleh kita dengar dan tonton pada bila-bila masa menerusi telefon pintar sahaja! Namun itulah sunnatullah yang mana manusia akan terbahagi kepada dua golongan yang mempunyai karektor, sifat, tugas dan tanggungjawabnya yang tersendiri di dunia ini.
Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah berkata; “Orang berilmu mengetahui orang yang bodoh kerana dahulunya dia adalah orang yang bodoh, sedangkan orang bodoh tidak mengetahui orang yang berilmu kerana dia sendiri belum pernah menjadi orang yang berilmu.” [Majmu al-Fatawa 13/235]
#SuaraSunnah #Ashujaa #IbnTaimiyyah
SENTIASA BASAHKAN LIDAHMU DENGAN ZIKIR
Ibn Qayyim rahimahullah berkata; “Sungguh orang yang sentiasa berzikir ketika berada di jalan, di rumah, di saat bermukim, di saat berkelana, atau di berbagai tempat, itu akan membuatnya mendapatkan banyak saksi di hari kiamat.
Kerana tempat-tempat tadi; rumah, gunung dan tanah akan menjadi saksi bagi seseorang di hari kiamat.” [al-Wabilush Shoyyib, hal. 197]
#SuaraSunnah #Ashujaa #IbnQayyim
BERLARILAH MENUJU KEPADA ALLAH
Daripada Anas bin Malik dan Abu Hurairah raḍiyallāhu ‘anhumā, daripada Nabi sallallāhu ‘alaihi wa sallam sebagaimana yang diriwayatkan daripada Tuhannya -‘Azza wa Jalla-, Dia berfirman; “Jika seorang hamba mendekatiKu sejengkal, nescaya Aku mendekatinya satu hasta. Jika dia mendekatiKu satu hasta, nescaya Aku mendekatinya satu depa. Jika dia mendatangiKu dengan berjalan kaki, nescaya Aku mendatanginya dengan berlari.” [Hadis riwayat al-Bukhari #7405].
Al-Quran senantiasa mengingatkan kita agar bergegas menuju Allah “Segeralah berlari kembali menuju Allah”. (QS. Al-Dzariyat: 50). Allah tidak hanya menyuruh kita untuk berjalan, tetapi Dia bahkan memerintahkan kita berlari kepada-Nya.
Dalam surah Luqman, ayat 15, Allah juga berfirman: “Ikutilah jalan orang yang kembali kepadaKu. Kemudian, hanya kepada AKulah kembalimu. Lalu Aku memberitahukan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.”
#SuaraSunnah #Ashujaa
DIAM & SABAR! RAHSIAKANLAH KESULITANMU
“Menyembunyikan kesulitan-kesulitan itu adalah termasuk menutupi rahsia. Kerana dengan memperlihatkannya akan menyenangkan orang yang membenci kita dan akan menyedihkan orang-orang yang mencintai kita.” [Ibnu Jauzi, Shaydul Khatir 1/274]
#SuaraSunnah #IbnuJauzi #Ashujaa
JANGAN TERLALU PERINCIKAN DOA
Tular dikalangan netizen sekarang ni, orang-orang kaya yang memberi tatacara-tatacara beribadat dengan mengikut hawa nafsu dan membawa contoh kejayaan dirinya bagi membuktikan kemustajaban amalannya. Orang ramai jadi kelabu mata kerana terpesona melihat kekayaan sosok orang yang mereka ikut di media sosial itu sedangkan ia bercanggah dari apa yang dibawa Rasulullah salallahu ‘alaihi wasallam.
Doa yang terbaik adalah doa yang jawami’ul kalim, yang singkat namun sarat makna seperti doa-doa yang dicontohkan dalam Al-Qur’an dan yang dicontohkan oleh baginda.
‘Abdullah bin Mughoffal pernah mendengar puteranya berdoa, “Ya Allah, jika aku masuk syurga berikanlah kepadaku istana berwarna putih di sebelah kanan syurga.”
‘Abdullah lalu berkata kepada puteranya, “Wahai anakku jika berdoa mintalah kepada Allah syurga dan mintalah agar dijauhkan dari neraka kerana aku pernah mendengar Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Akan datang kepada umat ini orang-orang yang berlebihan dalam bersuci dan dalam berdoa.” (Hadis riwayat Abu Daud, no. 96; Ibnu Majah, no. 3864. Al-Hafizh Abu Thahir mengatakan bahwa sanad hadits ini sahih.)
#SuaraSunnah #Ashujaa
JADILAH SEBAIK-BAIK MANUSIA!
Daripada Jabir bin ‘Abdillah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “…Dan sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia lainnya [Hadis riwayat Thabrani, Al-Mu’jam Al-Awsath].
Dalam hadis yang lain pula Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
أَحَبُّ النَّاسِ إِلَى اللَّهِ تَعَالَى أَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ , وَأَحَبُّ الأَعْمَالِ إِلَى اللَّهِ ت تَعَالَى سُرُورٌ تُدْخِلُهُ عَلَى مُسْلِمٍ , أَوْ تَكَشِفُ عَنْهُ كُرهُ كُرْبَةً , أَوْ تَقْضِي عَنْهُ دَيْنًا , أَوْ تَطْرُدُ عَنْهُ جُوعًا , وَلأَنْ أَمْشِيَ مَعَ أَخِ فِي حَاجَةٍ أَحَبُّ إِلَيَّ مِنْ أأَنْ أَعْتَكِفَ فِي هَذَا الْمَسْجِدِ يَعْنِي مَسْجِدَ الْمَدِينَةةِ شَهْرًا
“Manusia yang paling dicintai oleh Allah ialah yang paling memberikan manfaat kepada manusia. Adapun amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah membuat muslim yang lain bahagia, mengangkat kesusahan daripada orang lain, membayarkan hutangnya atau menghilangkan rasa laparnya. Sungguh aku berjalan bersama saudaraku yang muslim untuk sebuah keperluan lebih aku cintai daripada beriktikaf di masjid ini -Masjid Nabawi- selama sebulan penuh.” (HR. Thabrani di dalam Al-Mu’jam Al-Kabir no. 13280, 12: 453. Syaikh Al-Albani mengatakan bahwa hadits ini hasan sebagaimana disebutkan dalam Shahih Al-Jaami’ no. 176).
#SuaraSunnah #Ashujaa
MENANGGUK DI AIR KERUH!
Tak usah tunggu Yahudi, di sini sahaja pun ada orang-orang menjaja penderitaan orang lain untuk keuntungan diri sendiri. Peperangan hanyalah perniagaan bagi mereka.
Bijak membantu, Elak Tertipu!
#SuaraSunnah #Ashujaa #Palestin #TaufanAlAqsa
DOA AGAR TERBEBAS DARI BELENGGU HUTANG
Daripada ‘Ali, ada seorang budak mukatab (yang berjanji kepada tuannya ingin memerdekakan diri dengan dengan syarat melunasi pembayaran tertentu) yang mendatanginya, dia berkata, “Aku tidak mampu melunasi untuk memerdekakan diriku.” Ali pun berkata, “Mahukah aku beritahukan kepadamu beberapa kalimat yang Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam telah mengajarkannya kepadaku iaitu seandainya engkau memiliki hutang sepenuh gunung, maka Allah akan memudahkanmu untuk melunasinya. Ucapkanlah doa,
اللَّهُمَّ اكْفِنِى بِحَلاَلِكَ عَنْ حَرَامِكَ وَأَغْنِنِى بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ
“Allahumak-finii bi halaalika ‘an haroomik, wa agh-niniy bi fadhlika ‘amman siwaak”
[Ya Allah cukupkanlah aku dengan yang halal dan jauhkanlah aku dari yang haram, dan cukupkanlah aku dengan kurniaMu dari bergantung pada selainMu]
(HR. Tirmidzi no. 3563, hasan menurut At Tirmidzi, begitu pula hasan kata Syaikh Al Albani).
#SuaraSunnah #Ashujaa
BEGITU PANTAS KAU MENUDUH ZINA!
Allah Ta’ala berfirman (maksudnya); ”Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh kali sebat, dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya, kerana mereka adalah orang-orang fasik”. [Quran, An-Nuur: 4]
Rujuk artikel: Link
#SuaraSunnah #Ashujaa
DOA RUQYAH DIRI SENDIRI
Rasulullah ﷺ pernah mengajar sahabat cara meruqyah diri sendiri. Daripada Uthman bin Abi al-‘As RA meriwayatkan bahawa beliau pernah mengadu kepada Rasulullah ﷺ tentang kesakitan yang beliau rasa pada tubuh badan sejak beliau memeluk agama Islam. Maka Rasulullah ﷺ pun bersabda:
ضَعْ يَدَكَ عَلَى الَّذِي تَأَلَّمَ مِنْ جَسَدِكَ، وَقُلْ بِاسْمِ اللهِ ثَلَاثًا، وَقُلْ سَبْعَ مَرَّاتٍ أَعُوذُ بِاللهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحَاذِرُ
Maksudnya: “Letak tanganmu pada bahagian badanmu yang sakit. Kemudian, bacalah Bismillah sebanyak 3 kali dan bacalah 7 kali A’uzubillah wa qudratihi min syarri maa ajidu wa uhaazir.
[Hadis riwayat Muslim #2202].
#SuaraSunnah #Ashujaa
KUAT IBADAT TETAPI MASUK NERAKA
Daripada Abu Hurairah, dia berkata, “Ada seseorang bertanya kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Wahai Rasulullah, si fulanah sering mendirikan solat di tengah malam dan berpuasa sunnah di siang hari. Dia juga berbuat baik dan bersedekah, tetapi lidahnya sering mengganggu tetangganya”.
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab, “Tidak ada kebaikan di dalam dirinya malah dia adalah penghuni neraka”. [Hadis riwayat Bukhari]
#SuaraSunnah #Ashujaa
TABIAT GEMAR MEMINTA-MINTA
Syamsuddin az-Zahabiy (1416 H) menjelaskan bahwa sebahagian orang sangat gemar untuk meminta kepada orang lain, tanpa adanya keperluan yang mendesak, dan sering mengatakan: jika diberi syukur, jika tidak diberi tidak mengapa. Padahal meminta-minta di samping berdosa, juga menurunkan martabat dan muru’ah. “Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar ra, Nabi SAW bersabda: Sebahagian orang selalu meminta-minta hingga ketika sampai hari kiamat, dia datang dalam keadaan tidak ada sepotong daging pun pada wajahnya.” [HR. al-Bukhari dan Muslim]
#Ashujaa #SuaraSunnah
HENTIKAN BERBICARA TENTANG TUHAN TANPA ILMU!
Allah Ta’ala berfirman;
قُلْ إنَّمَا حَرَّمَ رَبِّيَ الْفَوَاحِشَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ وَالْإِثْمَ وَالْبَغْيَ بِغَيْرِ الْحَقِّ وَأَنْ تُشْرِكُوا بِاللَّهِ مَا لَمْ يُنَزِّلْ بِهِ سُلْطَانًا وَأَنْ تَقُولُوا عَلَى اللَّهِ مَا لَا تَعْلَمُونَ
“Katakanlah: “Rabbku hanya mengharamkan perbuatan yang keji, baik yang nampak atau pun yang tersembunyi, dan perbuatan dosa, melanggar hak manusia tanpa alasan yang benar, (mengharamkan) mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang Allah tidak menurunkan hujah untuk itu dan (mengharamkan) mengada-adakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui“.” (QS. Al A’rof: 33).
Ibnu Qayyim rahimahullah menjelaskan ayat; “Allah menyenaraikan keharaman menjadi empat tingkatan. Allah memulai dengan menyebutkan tingkatan dosa yang lebih ringan iaitu al fawaahisy (perbuatan keji). Kemudian Allah menyebutkan keharaman yang lebih dari itu, iaitu melanggar hak manusia tanpa jalan yang benar. Kemudian Allah beralih lagi menyebutkan dosa yang lebih besar lagi iaitu berbuat syirik kepada Allah. Lalu terakhir Allah menyebutkan dosa yang lebih besar dari itu semua iaitu berbicara tentang Allah tanpa ilmu. Larangan berbicara tentang Allah tanpa ilmu ini mencakupi berbicara tentang nama dan sifat Allah, perbuatan-Nya, agama dan syari’at-Nya.”
[I’lamul Muwaqi’in, Ibnu Qayyim, 1/38, Darul Jail Beirut].
#SuaraSunnah #Ashujaa #AhlulKalam
ANCAMAN BUAT ORANG YANG MENZALIMI JIRANNYA
Rasulullah sallallahu ’alaihi wa sallam bersabda;
وَاللهِ لَا يُؤْمِنُ ، وَاللهِ لَا يُؤْمِنُ ، وَاللهِ لَا يُؤْمِنُ . قِيْلَ: وَ مَنْ يَا رَسُوْلَ اللهِ؟ قَالَ: الَّذِيْ لَا يَأْمَنُ جَارُهُ بَوَائِقَهُ
Demi Allah, tidak beriman, tidak beriman, tidak beriman. Ada yang bertanya: ‘Siapa itu wahai Rasulullah?’. Baginda menjawab: ‘Orang yang tetangganya tidak aman dari bawa’iq-nya (kejahatannya)‘” (HR. Bukhari 6016, Muslim 46)
Ulama khilaf pendapat dalam menentukan tetangga. Sebahagian mereka mengatakan tetangga adalah ‘orang-orang yang solat subuh bersamamu’, sebahagian lagi mengatakan ’40 rumah dari setiap sisi’, sebahagian lagi mengatakan ’40 rumah di sekitarmu, 10 rumah dari tiap sisi’ dan beberapa pendapat lainnya (lihat Fathul Baari, 10 / 367).
Menurut Syeikh Ibn Utsaimin: “Bawa’iq maksudnya culas, khianat, zalim dan jahat. Barangsiapa yang tetangganya tidak aman dari sifat itu, maka ia bukanlah seorang mukmin. Hadits ini juga dalil larangan mengganggu jiran, baik dengan perkataan atau perbuatan”. (Syarah Riyadhis Shalihin, 3/178).
#SuarahSunnah #Ashujaa #HidupBerjiran
TINGGAL DAN MENINGGAL DI MADINAH
Dalam lafaz yang dikeluarkan oleh Imam Ahmad, daripada Ibn Umar R.Anhuma, Rasulullah salallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
مَنْ اسْتَطَاعَ أَنْ يَمُوتَ بِالْمَدِينَةِ فَلْيَمُتْ بِهَا ؛ فَإِنِّي أَشْفَعُ لِمَنْ يَمُوتُ بِهَا
Maksudnya: “Siapa yang berkemampuan untuk meninggal dunia di Madinah, maka meninggallah di sana kerana aku akan memberi syafa’at kepada mereka yang mati di sana.”[Riwayat Ahmad (5437) dan ini merupakan lafaznya, al-Tirmizi (3917) dan al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman (4185)].
Maksud “meninggal dunia di Madinah” (أَنْ يَمُوتَ بِالْمَدِينَةِ), ialah tinggal di sana sehingga meninggal dunia di Madinah. Perkataan “meninggallah di sana” (فَلْيَمُتْ بِهَا), bermaksud menetaplah di sana sehingga meninggal dan ia merupakan galakan dan dorongan supaya menetap di sana. [Tuhfah al-Ahwazi, 10/286].
#SuaraSunnah #Ashujaa #KJ
YANG BODOH MEMIMPIN DAN BERFATWA
Rasulullah sallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
ﺇِﻥَّ ﺍﻟﻠﻪ ﻻ ﻳَﻘْﺒِﺾُ ﺍﻟﻌِﻠْﻢَ ﺍﻧْﺘِﺰَﺍﻋَﺎً ﻳَﻨْﺘَﺰِﻋُﻪُ ﻣﻦ ﺍﻟﻌِﺒﺎﺩِ ﻭﻟَﻜِﻦْ ﻳَﻘْﺒِﺾُ ﺍﻟﻌِﻠْﻢَ ﺑِﻘَﺒْﺾِ ﺍﻟﻌُﻠَﻤَﺎﺀِ ﺣﺘَّﻰ ﺇﺫﺍ ﻟَﻢْ ﻳُﺒْﻖِ ﻋَﺎﻟِﻢٌ ﺍﺗَّﺨَﺬَ ﺍﻟﻨﺎﺱ ﺭﺅﺳَﺎً ﺟُﻬَّﺎﻻً ، ﻓَﺴُﺌِﻠﻮﺍ ﻓَﺄَﻓْﺘَﻮْﺍ ﺑِﻐَﻴْﺮِ ﻋِﻠْﻢٍ ﻓَﻀَﻠُّﻮﺍ ﻭَﺃَﺿَﻠُّﻮﺍ
“Sesungguhnya Allah Ta’ala tidak mencabut ilmu secara sekaligus daripada hambaNya, sebaliknya Allah mencabut ilmu dengan mewafatkan para ulama, sehingga tidak ada lagi seorang alim, maka manusia menjadikan orang-orang bodoh sebagai pemimpin. Mereka bertanya, kemudian mereka (orang-orang bodoh) itu berfatwa tanpa ilmu, mereka sesat lagi menyesatkan”
(Hadis riwayat Bukhari #100).
Dalam hadis yang lain baginda menyebut:
ﻣﻦ ﺃﺷﺮﺍﻁ ﺍﻟﺴﺎﻋﺔ ﺃﻥ ﻳُﺮْﻓَﻊَ ﺍﻟﻌﻠﻢ، ﻭﻳَﺜْﺒُﺖَ ﺍﻟﺠﻬﻞُ
“Termasuk tanda-tanda hari kiamat adalah diangkatnya ilmu dan tetapnya kebodohan.“ (Hadis riwayat Bukhari).
#SuaraSunnah #Ashujaa #TerpalingIsle #ArtisJadiUstaz
JANNAH BAGI YANG MENTAATI SUAMINYA!
Daripada ‘Abdurrahman bin ‘Auf, dia berkata bahwa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
إِذَا صَلَّتِ الْمَرْأَةُ خَمْسَهَا وَصَامَتْ شَهْرَهَا وَحَفِظَتْ فَرْجَهَا وَأَطَاعَتْ زَوْجَهَا قِيلَ لَهَا ادْخُلِى الْجَنَّةَ مِنْ أَىِّ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ شِئْتِ
“Jika seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan (di bulan Ramadan), serta menjaga kemaluannya (dari zina) dan benar-benar mentaati suaminya; nescaya akan dikatakan kepada wanita yang memiliki sifat mulia ini: “Masuklah ke dalam syurga dari pintu manapun yang engkau suka”.
(Hadis riwayat Ahmad 1: 191 dan Ibnu Hibban 9: 471.)
#SuaraSunnah #Ashujaa #AsmaHarun
DOA TERISTIMEWA YANG DIAJAR OLEH NABI KEPADA ABU BAKR
عَلِّمْنِي دُعَاءً أَدْعُو بِهِ فِي صَلاَتِي، قَالَ: ” قُلْ: اللَّهُمَّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي ظُلْمًا كَثِيرًا، وَلاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ، فَاغْفِرْ لِي مَغْفِرَةً مِنْ عِنْدِكَ، وَارْحَمْنِي إِنَّكَ أَنْتَ الغَفُورُ الرَّحِيمُ “
Daripada Abu Bakr As-Siddiq bahawa dia berkata kepada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam; Ajarkanlah kepadaku doa yang aku baca dalam solatku. Rasulullah bersabda, ucapkanlah; ‘Allahumma inni zalamtu nafsi zulman kasiran wa la yagfiruz zunuba illa anta faghfirli magfiratan min ’indika warhamni innaka antal ghaffurur roheem’ (Ya Allah sesungguhnya aku telah banyak menganiaya diriku sendiri dan tiada yang mengampunkan dosa melainkanMu. Maka ampunilah dosaku dan kasihanilah diriku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang)’ [Mutaffaq ‘Alaihi]
Dalam doa ini terkandung 3 urusan yang menjadi wasilah kepada Allah azza wajal dalam berdoa; pengakuan, sanjungan dan permohonan, terkadang doa itu isi semata-mata mengkhabarkan hal ehwal Allah dan pengakuan. Apabila Allah aza wajal mengkhabarkan hambaNya serta hal ehwalnya maka agar hamba itu memohon dari satu keadaan beralih pada keadaan yang lebih baik – Sheikh al-Utsaimin.
Syarah lengkap hadis ini tonton:
https://www.youtube.com/watch?v=6BNE72evZqs
#SuaraSunnah #Ashujaa #Doa
BAHAYA UNGKAPAN ‘KALAU’!
Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
“Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Namun, keduanya tetap memiliki kebaikan. Bersemangatlah atas hal-hal yang bermanfaat bagimu. Minta tolonglah kepada Allah, jangan engkau lemah. Jika engkau tertimpa suatu musibah, maka janganlah engkau katakan: ‘Kalaulah aku lakukan demikian dan demikian.’ Akan tetapi hendaklah kau katakan: ‘Ini sudah jadi takdir Allah. Setiap apa yang telah Dia kehendaki pasti terjadi.’ Kerana perkataan law (kalau) dapat membuka pintu syaitan.” (Hadis riwayat Muslim).
Imam al-Nawawi mengatakan maksud “kalau” itu membuka pintu amalan syaitan iaitu bila dilafazkan kerana kekecewaan dan penyesalan terhadap kepentingan duniawi (Sharh al-Nawawi ‘ala Muslim, 8/156). Di tempat lain, Imam al-Nawawi menukilkan pendapat al-Qadhi ‘Iyadh yang mengatakan perkataan “kalau” yang ditegah itu adalah apabila tercetus di dalam hati seseorang perasaan menentang taqdir yang dibisikkan oleh syaitan (Sharh al-Nawawi ‘ala Muslim, 16/216).
#SuaraSunnah #Ashujaa
TIPU DAYA SYAITAN DALAM TUTUR KATA
Syaitan mampu membuatkan tutur kata yang jelek menjadi kebiasaan. Perkataan-perkataan yang baik dan berguna, telah diputarbelitkan hingga menjadi tutur kata yang berkias dan kotor. Betapa masyarakat hari ini telah menormalisasikan tutur kata kotor dan mereka yang tidak menuturkannya rasa ketinggalan zaman. Bagaimanapun kita boleh mengubah nilai itu menjadi positif jika kita kehendaki…
Mufti Ismail Menk berkata;
“Kamu pun tahu, perkataan ’hot’ boleh digunakan untuk hal positif dan negatif. Biarpun satu dunia guna untuk hal positif, ia tetap dilihat sebaliknya. Pernah tak kau terfikir tentang itu? Hanya anak-anak remaja tersenyum sipu… Kamu kata “You’re hot”. Apa maksudnya? Maksudnya aku sudah merasakan api neraka jahannam mara ke arahku kerana aku tak sepatutnya lihat pun orang itu. Setuju? Barangkali itulah pujian yang salah kepada orang yang salah. Semoga Allah ampuni kita semua”
[Shaytaan’s Tricks,The Path of Repentance Conference 28/8/2023.
#SuaraSunnah
#MUftiMenk
#TalbisIblis
APABILA SUDAH TIADA RASA MALU
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
اَلْـحَيَاءُ وَ اْلإِيْمَانُ قُرِنَا جَمِـيْعًا ، فَإِذَا رُفِعَ أَحَدُهُمَا رُفِعَ اْلاَ خَرُ.
“Malu dan iman senantiasa bersama. Apabila salah satunya dicabut, maka hilanglah yang lainnya.”
[Hadis riwayat al-Hâkim (I/22), at-Thabrâni dalam al-Mu’jâmush Shaghîr (I/223), al-Mundziri dalam at-Targhîb wat Tarhîb (no. 3827)].
Dalam riwayat lain Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
إِنَّ لِكُلِّ دِيْنٍ خُلُقًا وَخَلُقُ اْلإِسْلاَمِ الْـحَيَاءُ.
“Sesungguhnya setiap agama memiliki akhlak, dan akhlak Islam adalah malu.” [Hadis riwayat Ibnu Mâjah (no. 4181) dan at-Thabrâni dalam al-Mu’jâmush Shaghîr (I/13-14)].
#SuaraSunnah
#Ashujaa
KITA KAUM YANG DIAJAR PUNYAI RASA MALU
عَنْ أَبِي مَسْعُوْدٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الأَنْصَارِي البَدْرِي – رَضِيَ اللهُ عَنْهُ – قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: “إِنَّ مِمَّا أَدْرَكَ النَّاسُ مِنْ كَلاَمِ النُّبُوَّةِ الأُوْلَى: إِذَا لَمْ تَسْتَحْيِ فَاصْنَعْ مَا شِئْتَ” رَوَاهُ البُخَارِي.
Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin ‘Amr Al-Ansari Al-Badri radhiyallahu ‘anhu, dia berkata, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, ‘Sesungguhnya di antara perkataan kenabian terdahulu yang diketahui manusia ialah jika engkau tidak malu, maka berbuatlah sesukamu!’”
[HR. Bukhari, no. 3484].
Rasa malu itu berkaitan dengan hak Allah dan hak sesama manusia;
Pertama, malu yang berkaitan dengan hak Allah. Seseorang yang mempunyai rasa malu seharusnya mengetahui bahawa Allah mengetahui dan melihat setiap perbuatan yang dia lakukan, baik terlarang maupun yang perintah oleh agama.
Kedua, malu yang berkaitan dengan hak manusia. Seseorang yang memiliki rasa malu akan berinteraksi dengan sesama manusia dengan menjaga perilaku agar tidak menyelisihi al-muru’ah dan berakhlak buruk.
Manakala firman Allah Ta’ala,
اعْمَلُوا مَا شِئْتُمْ إِنَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ
”Lakukanlah sesukamu. Sesungguhnya Allah Maha Melihat apa yang kamu lakukan.” (QS. Fushilat: 40).
Maksud ayat ini bukanlah maksudnya agar kita sewenangnya melakukan segala perkara termasuk maksiat. Namun, maksud ayat ini adalah ancaman: Jika kamu tidak memiliki rasa malu, lakukanlah sesukamu. Pasti engkau akan mendapatkan akibatnya.
#SuaraSunnah
#Ashujaa
JANGAN MALAS DAN MEMINTA-MINTA
عن الزبير بن العَوَّام رضي الله عنه مرفوعاً: «لأَن يأخذ أحدكم أُحبُلَهُ ثم يأتي الجبل، فيأتي بِحُزْمَة من حطب على ظهره فيبيعها، فَيَكُفَّ الله بها وجهه، خيرٌ له من أن يسأل الناس، أعْطَوه أو مَنَعُوه».
[صحيح] – [رواه البخاري]
Daripada Az-Zubair Al-Awwam r.a, Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda; “Sungguh seandainya salah seorang di antara kalian mengambil beberapa utas tali, lalu dia pergi ke gunung, kemudian dia kembali dengan memikul seikat kayu bakar dan menjualnya, maka hasil itu Allah mencukupkan keperluan hidupnya. Itu lebih baik baginya daripada meminta-minta kepada sesama manusia, baik mereka memberinya ataupun tidak”.
[Hadis riwayat Al-Bukhari]
#SuaraSunnah
#Ashujaa
APABILA LELAKI SOLEH DISAKITI ISTERINYA
Rasulullah salallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Tidaklah seorang isteri menyakiti suaminya di dunia melainkan isterinya daripada kalangan bidadari akan berkata ‘Janganlah engkau menyakitinya. Semoga Allah memusuhimu. Dia hanyalah orang asing yang sedang singgah di sisimu, hampir sahaja dia akan meninggalkanmu menuju kepada kami” [ Hadis riwayat Tirmidzi #1174].
#SuaraSunnah
#Ashujaa
ANJURAN BERPAKAIAN PUTIH & BERSIH
Daripada Samurah bin Jundub radhiyallahu ‘anhu, dia berkata bahwa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
الْبَسُوا الْبَيَاضَ فَإِنَّهَا أَطْهَرُ وَأَطْيَبُ وَكَفِّنُوا فِيهَا مَوْتَاكُمْ
“Kenakanlah pakaian warna putih kerana pakaian tersebut lebih bersih dan paling baik. Kafankanlah orang yang mati antara kalian dengan kain putih.” (HR. Tirmidzi no. 2810 dan Ibnu Majah no. 3567).
Daripada Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
الْبَسُوا مِنْ ثِيَابِكُمُ الْبَيَاضَ فَإِنَّهَا مِنْ خَيْرِ ثِيَابِكُمْ وَكَفِّنُوا فِيهَا مَوْتَاكُمْ
“Pakailah oleh kalian pakaian yang putih kerana itu termasuk pakaian yang paling baik. Dan berilah kafan kepada orang mati antara kalian dengan kain putih.” (HR. Abu Daud no. 4061, Tirmidzi no. 994 dan Ibnu Majah no. 3566).
#SuaraSunnah
#Ashujaa
#PakaianSunnah
PARTI ISLAM ADALAH REKAAN MANUSIA DAN BUKAN SAKRAL
Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor, berkata:
” Mana-mana individu atau kumpulan boleh mendakwa memperjuangkan Islam, tetapi dakwaan ini mestilah dibuktikan dengan jelas dalam realiti kehidupan. Perlu diingatkan, Islam tidak akan tegak dengan slogan semata-mata tetapi ia ditegakkan dengan amalan dalam kehidupan rakyat sejahtera dan berkebajikan di samping pentadbiran negara yang baik, bersih dan cekap. Apa yang penting ialah umat Islam mempraktikkan ajaran Islam dalam diri masing-masing, maka secara automatik Islam akan tertegak dalam negara.
Perlu dibezakan antara Islam dan parti Islam yang mana Islam adalah satu misi suci bersumberkan wahyu Ilahi. Setiap Muslim wajib terikat dengan agamanya di sudut akidah mahupun amalan dengan mematuhi segala hukum yang ditetapkan di dalam Al-Quran dan Sunnah Nabawiyyah. Parti Islam hanya ciptaan manusia sebagai wadah memperjuangkan Islam atau melaksanakan segala ajaran menerusi pentadbiran negara”.
[Sumber: Berita Harian, 21 Ogos 2023].
#SuaraSunnah
#Ashujaa
#PartiIsle
AKHIRAT SEBAGAI SASARAN
Daripada Zaid bin Tsabit radhiyallahu anhu, dia mendengar Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :
مَنْ كَانَتِ الدُّنْيَا هَمَّهُ ، فَرَّقَ اللهُ عَلَيْهِ أَمْرَهُ ، وَجَعَلَ فَقْرَهُ بَيْنَ عَيْنَيْهِ ِ، وَلَمْ يَأْتِهِ مِنَ الدُّنْيَا إِلَّا مَا كُتِبَ لَهُ ، وَمَنْ كَانَتِ الْآخِرَةُ نِيَّـتَهُ ، جَمَعَ اللهُ أَمْرَهُ ، وَجَعَلَ غِنَاهُ فِيْ قَلْبِهِ ، وَأَتَتْهُ الدُّنْيَا وَهِيَ رَاغِمَةٌ.
Barangsiapa tujuan hidupnya adalah dunia, maka Allah akan mencerai-beraikan urusannya, menjadikan kefakiran di kedua kelopak matanya, dan dia tidak mendapatkan dunia kecuali menurut ketentuan yang telah ditetapkan baginya. Barangsiapa yang niat (tujuan) hidupnya adalah negeri akhirat, Allah akan mengumpulkan urusannya, menjadikan kekayaan di hatinya, dan dunia akan mendatanginya dalam keadaan hina.”
Hadits ini sahih, diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam Musnadnya (V/ 183); Ibnu Mâjah (no. 4105); Imam Ibnu Hibbân (no. 72–Mawâriduzh Zham’ân); al-Baihaqi (VII/288).
#SuaraSunnah
#Ashujaa
BIAR DI TANGAN JANGAN DI HATI
Ibn Qayyim al-Jawziyyah rahimahullah mengingatkan kita tentang harta;
“Ketika harta itu berada dalam tanganmu namun bukan dalam hatimu, tidaklah ia menjadi bahaya biarpun banyak melimpah ruah. Namun ketika harta berada dalam hatimu, ia terus menjadi bahaya biarpun kosong dalam tanganmu” -[ Madaarij As-Salikeen 1/463].
#SuaraSunnah
#Ashujaa
#IbnQayyim
MENGASIHI DAN MENYAYANGI
عن أَبيْ هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: قَبَّلَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْحَسَنَ بْنَ عَلِيٍّ وَعِنْدَهُ الْأَقْرَعُ بْنُ حَابِسٍ التَّمِيْمِيُّ جَالِسًا، فَقَالَ الْأَقْرَعُ: إِنَّ لِيْ عَشَرَةً مِنْ الْوَلَدِ مَا قَبَّلْتُ مِنْهُمْ أَحَدًا، فَنَظَرَ إِلَيْهِ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، ثُمَّ قَالَ: مَنْ لَا يَرْحَمُ لَا يُرْحَمُ
Daripada Abu Hurairah radhiyallahu anhu berkata, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam pernah mencium Hasan bin Ali sedangkan di samping beliau ada Aqra’ bin Habis al-Tamimi sedang duduk. Lalu Aqra’ berkata; “Sesungguhnya aku memiliki sepuluh orang anak, namun aku tidak pernah mencium seorang pun di antara mereka”. Maka Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam memandangnya kemudian bersabda, “Sesiapa tidak mengasihi maka dia tidak akan dikasihi” [ Hadis riwayat al-Bukhari ].
#SuaraSunnah
#Ashujaa
#PerlisMengaji
SOMBONG ITU....
Allah Ta’ala berfirman;
وَلاَ تُصَعِّرْ خَدَّكَ لِلنَّاسِ وَلاَ تَمْشِ فِي اللأَرْضِ مَرَحاً إِنَّ اللهَ لاَ يُحِبُّ كُلَّ مُخْتَالٍ فَخُوْرٍ {18}
“Dan janganlah kamu memalingkan mukamu daripada manusia (kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri.” (QS. Luqman:18)
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud radhiyallahu ‘anhu daripada Nabi salallahu ‘alaihi wa sallam, beliau bersabda,
لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنْ كَانَ فِي قَلْبِهِ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ مِنْ كِبْرٍ قَالَ رَجُلٌ إِنَّ الرَّجُلَ يُحِبُّ أَنْ يَكُونَ ثَوْبُهُ حَسَنًا وَنَعْلُهُ حَسَنَةً قَالَ إِنَّ اللَّهَ جَمِيلٌ يُحِبُّ الْجَمَالَ الْكِبْرُ بَطَرُ الْحَقِّ وَغَمْطُ النَّاسِ
“Tidak akan masuk surga seseorang yang di dalam hatinya terdapat kesombongan sebesar biji sawi.” Ada seseorang yang bertanya, “Bagaimana dengan seorang yang suka memakai baju dan sandal yang bagus?” Beliau menjawab, “Sesungguhnya Allah itu indah dan menyukai keindahan. Sombong adalah menolak kebenaran dan meremehkan orang lain.“ (HR. Muslim no. 91).
#SuaraSunnah
#Ashujaa
#Sombong
HAK JALAN YANG DIREMEHKAN
Abu Sa’id al-Khudri radhiyallahu ‘anhu pernah mengkhabarkan sebuah hadis Nabi berkaitan hak-hak jalan. Kata beliau, Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
إِيَّاكُمْ وَالْجُلُوسَ عَلَى الطُّرُقَاتِ
فَقَالُوا مَا لَنَا بُدٌّ إِنَّمَا هِيَ مَجَالِسُنَا نَتَحَدَّثُ فِيهَا قَالَ فَإِذَا أَبَيْتُمْ إِلَّا الْمَجَالِسَ فَأَعْطُوا الطَّرِيقَ حَقَّهَا قَالُوا وَمَا حَقُّ الطَّرِيقِ
قَالَ غَضُّ الْبَصَرِ وَكَفُّ الْأَذَى وَرَدُّ السَّلَامِ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ وَنَهْيٌ عَنْ الْمُنْكَرِ
“Janganlah kamu duduk-duduk di atas jalan.”
Maka mereka (para sahabat) berkata, “Sesungguhnya kami perlu duduk-duduk untuk berbincang-bincang.” Nabi menjawab, “Jika kamu tidak dapat berganjak melainkan perlu duduk-duduk, maka berikanlah hak-hak jalan tersebut.” Mereka bertanya, “Apa hak-hak jalan tersebut wahai Rasulullah?”
Nabi menjawab, “Menundukkan pandangan, tidak mengganggu (atau menyakiti) orang, menjawab salam, dan memerintahkan kepada yang ma’ruf serta mencegah dari kemungkaran.” (Hadis riwayat al-Bukhari, 8/351, no. 2285)
Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda;
((الْمُسْلِمُ مَنْ سَلِمَ الْمُسْلِمُونَ مِنْ لِسَانِهِ وَ يَدِهِ))
Muslim (yang sempurna) adalah yang kaum Muslimin selamat daripada (gangguan) lidahnya dan tangannya. [HR Muslim dari Jabir radhiyallahu anhu].
#SuaraSunnah
#Ashujaa
#HakJalan
BERANAK PINAK TETAPI MANDUL
1. Rasulullah salallahu ‘alaihi wasallam bertanya kepada para sahabat tentang persoalan mandul. Sabda Nabi:
مَا تَعُدُّونَ الرَّقُوبَ فِيكُمْ؟ قَالَ قُلْنَا: الَّذِي لَا يُولَدُ لَهُ، قَالَ: «لَيْسَ ذَاكَ بِالرَّقُوبِ وَلَكِنَّهُ الرَّجُلُ الَّذِي لَمْ يُقَدِّمْ مِنْ وَلَدِهِ شَيْئًا
“Apa yang kamu faham tentang mandul? Sahabat lalu menjawab: Mandul adalah mereka yang tidak memiliki anak. Lalu Rasulullah bersabda: Mandul yang sebenar adalah mereka yang memiliki anak, tetapu anaknya tidak memberi manfaat buatnya.” (HR Ahmad).
2. Inilah perbezaan pertimbangan manusia dengan penilaian Allah. Rasulullah mendidik sahabat supaya memandang tinggi kepentingan mendidik anak yang soleh. Anak yang ramai belum tentu memberikan manfaat buat ibubapa terutama di akhirat. Sebab itu Rasulullah tegaskan peranan anak yang soleh. Sabda Nabi:
إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثٍ: مِنْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ، أَوْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ مِنْ بَعْدِهِ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ
“Apabila meninggalnya seorang manusia itu terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara: Anak yang soleh yang mendoakannya, sedeqah jariah serta ilmu yang bermanfaat.”
3. Sedarkah kita bahawa istighfar seorang anak buat bapanya akan mengangkat kedudukan bapanya? Perkara ini diceritakan oleh Rasulullah dalam sebuah hadith:
إِنَّ اللَّهَ، عَزَّ وَجَلَّ، لَيَرْفَعُ الدَّرَجَةَ لِلْعَبْدِ الصَّالِحِ في الْجَنَّةِ، فَيَقُولُ: يَا رَبِّ أَنَّى لِي هَذِهِ؟ فَيَقُولُ: بِاسْتِغْفَارِ وَلَدِكَ لَكَ
“Sesungguhnya Allah mengangkat kedudukan seorang hamba soleh di dalam syurga. Lalu hamba itu bertanya: Wahai Tuhanku, bagaimana aku boleh mendapat kedudukan tinggi seperti ini? Lalu dijawab kepadanya: Melalui istighfar yang anakmu lakukan buatmu.” (HR Ahmad, Ibn Majah)
Lihatlah betapa pentingnya peranan anak yang soleh. Sehingga istighfar yang dia lakukan boleh memberikan kesan kepada ayahnya.
4. Atas dasar itu Nabi Ibrahim berdoa di dalam al-Quran agar dikurniakan anak yang soleh. Lihatlah betapa pentingnya peranan anak yang soleh sehingga seorang Nabi sendiri berdoa agar dikurniakan anak yang soleh. Doa ini direkodkan di dalam al-Quran. Kata Nabi Ibrahim:
رَبِّ هَبْ لِي مِنَ الصَّالِحِينَ
“Wahai Tuhanku, kurniakanlah daku anak-anak yang soleh (al-Saffat: 100)
Marilah bersama kita amalkan doa yang dibaca oleh Nabi Ibrahim ini. Mudah-mudahan kita dikurniakan anak yang soleh.
– Dr. Ahmad Sanusi Azmi
#SuaraSunnah
#Ashujaa
#AnakSoleh
#PerlisMengaji
YANG MEMPERINGATKAN NERAKA, MASUK NERAKA!
Allah Ta’ala berfirman,
أَتَأْمُرُونَ ٱلنَّاسَ بِٱلْبِرِّ وَتَنسَوْنَ أَنفُسَكُمْ وَأَنتُمْ تَتْلُونَ ٱلْكِتَٰبَ ۚ أَفَلَا تَعْقِلُونَ
“Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebaktian, sedang kamu melupakan diri (kewajiban)mu sendiri, padahal kamu membaca Al-Kitab (Al-Quran)? Maka tidaklah kamu berfikir?” (QS. al-Baqarah: 44).
Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,
ﺇِﻥَّ ﺍﻟﺮَّﺟُﻞَ ﻟَﻴَﻌْﻤَﻞُ ﻋَﻤَﻞَ ﺍﻟْﺠَﻨَّﺔِ ﻓِﻴْﻤَﺎ ﻳَﺒْﺪُﻭ ﻟِﻠﻨَّﺎﺱِ ﻭَﻫُﻮَ ﻣِﻦْ ﺃَﻫْﻞِ ﺍﻟﻨَّﺎﺭ
“Sesungguhnya seseorang benar-benar melakukan amalan surga – menurut yang tampak bagi masyarakat – padahal dia termasuk penduduk neraka.” (Muttafaqun ‘alaihi).
#SuaraSunnah #Ashujaa
KEWAJIPAN MELANTIK PEMIMPIN
Sabda Baginda Nabi SAW:
لاَ يَحِلُّ لِثَلَاثَةٍ يَكُوْنُوْنَ بِفَلَاةٍ مِنَ الْأَرْضِ إِلَّا أَمَّرُوا أَحَدَهُمْ
Maksudnya: “Tidak harus bagi tiga orang yang berada di tengah-tengah bumi yang lapang (bermusafir), melainkan mereka mesti melantik salah seorang mereka sebagai pemimpin.”
Hadis riwayat Ahmad (2/177) dan Abu Daud (2608, 2609)
Ibn Taimiyah berkata: “Kalaulah diwajibkan memilih salah seorang sebagai pemimpin dalam jemaah yang paling sedikit (tiga orang) dan dalam kumpulan yang paling kecil, maka ini adalah peringatan tentang kewajipan tersebut bagi kumpulan yang lebih ramai.” (Lihat Kitab al-Hisbah, hlm. 11).
#SuaraSunnah #Ashujaa
HUKUM ILZAQ SEWAKTU SOLAT BERJEMAAH
Ilzaq (إلزاق) dari sudut bahasa memberi maksud menempel atau mencantumkan. Manakala dari sudut istilah Ilzaq di dalam solat memberi maksud menempelkan atau merapatkan sehingga bersentuhan bahu bertemu bahu, lutut bertemu lutut, kaki bertemu kaki sehingga tidak ada ruang kosong dalam saf yang didirikan.
Hadis riwayat Nu’man bin Basyir
أَقْبَلَ رَسُولُ اللهِ بِوَجْهِهِ عَلَى النَّاسِ فَقَالَ: ” أَقِيمُوا صُفُوفَكُمْ , ثَلَاثًا وَاللهِ لَتُقِيمُنَّ صُفُوفَكُمْ أَوْ لَيُخَالِفَنَّ اللهُ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ ” قَالَ : فَرَأَيْتُ الرَّجُلَ يُلْزِقُ كَعْبَهُ بِكَعْبِ صَاحِبِهِ, وَرُكْبَتَهُ بِرُكْبَتِهِ وَمَنْكِبَهُ بِمَنْكِبِهِ
Maksudnya: Rasulullah SAW menghadap kepada manusia, lalu berkata, “Dirikanlah saf (tiga kali). Demi Allah SWT, dirikanlah saf atau Allah SWT akan membuat perselisihan diantara hati kalian”. Lalu An-Nu’man bin Basyir berkata: “Saya melihat seorang lelaki menempelkan kakinya dengan kaki orang disebelahnya, lutut dengan lutut dan bahu dengan bahu”. (Hadis riwayat Abu Daud, 1/178)
Hadis riwayat Anas bin Malik
أَقِيمُوا صُفُوفَكُمْ فَإِنِّي أَرَاكُمْ مِنْ وَرَاءِ ظَهْرِي وَكَانَ أَحَدُنَا يُلْزِقُ مَنْكِبَهُ بِمَنْكِبِ صَاحِبِهِ وَقَدَمَهُ بِقَدَمِهِ
Maksudnya: “Luruskanlah saf kamu, kerana saya melihat kalian dari belakang bahuku.” Terdapat seorang diantara kami yang menempelkan bahunya dengan bahu temannya dan telapak kaki dengan telapak kakinya”. (Hadis riwayat Bukhari, No. 692)
#SuaraSunnah #Ashujaa
BANTULAH SAUDARAMU, LINDUNGI DAN TUTUP AIBNYA
نْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِي اللهُ عَنْهُ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : مَنْ نَفَّسَ عَنْ مُؤْمِنٍ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ الدُّنْيَا نَفَّسَ اللهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ، وَمَنْ يَسَّرَ عَلَى مُعْسِرٍ يَسَّرَ اللهُ عَلَيْهِ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ، وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِماً سَتَرَهُ اللهُ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ وَاللهُ فِي عَوْنِ الْعَبْدِ مَا كاَنَ الْعَبْدُ فِي عَوْنِ أَخِيْهِ. وَمَنْ سَلَكَ طَرِيْقاً يَلْتَمِسُ فِيْهِ عِلْماً سَهَّلَ اللهُ بِهِ طَرِيْقاً إِلَى الْجَنَّةِ، وَمَا اجْتَمَعَ قَوْمٌ فِي بَيْتٍ مِنْ بُيُوْتِ اللهِ يَتْلُوْنَ كِتَابَ اللهِ وَيَتَدَارَسُوْنَهُ بَيْنَهُمْ إِلاَّ نَزَلَتْ عَلَيْهِمْ السَّكِيْنَةُ وَغَشِيَتْهُمُ الرَّحْمَةُ، وَحَفَّتْهُمُ الْمَلاَئِكَةُ، وَذَكَرَهُمُ اللهُ فِيْمَنْ عِنْدَهُ، وَمَنْ بَطَأَ فِي عَمَلِهِ لَمْ يُسْرعْ بِهِ نَسَبُهُ (رَوَاهُ مُسْلِمٌ بِهذَا اللَّفْظِ)
Daripada Abu Hurairah R.A daripada Nabi S.A.W, Baginda telah bersabda: “Barang siapa yang melepaskan seorang mukmin dari kesusahan dunia, nescaya Allah S.W.T akan melepaskannya daripada kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang mempermudahkan bagi orang susah, nescaya Allah S.W.T akan mempermudahkan baginya di dunia dan di akhirat. Barang siapa yang menutup aib seseorang, nescaya Allah S.W.T akan menutup aibanya di dunia dan akhirat. Allah S.W.T akan menolong hambaNya selagi dia menolong saudaranya. Barang siapa yang melalui suatu jalan untuk menuntut ilmu, nescaya Allah S.W.T akan mempermudahkan baginya suatu jalan menuju ke syurga. Sesuatu kaum tidak berkumpul di salah sebuah rumah-rumah Allah (iaitu masjid) sambil mereka membaca Kitab Allah dan mengkajinya sesama mereka melainkan suasana ketenangan akan turun ke atas mereka, rahmat akan melitupi mereka dan mereka akan di kelilingi oleh para malaikat dan Allah S.W.T akan menyebut (perihal) mereka kepada orang-orang yang berada di sisiNya. Barang siapa yang terlambat amalannya, nescaya nasab keturunannya tidak mampu mempercepatkannya . (Hadis riwayat Muslim).
#SuaraSunnah
#Ashujaa
#PerlisMengaji
MULIA DAN TERPELIHARA SEWAKTU TUA KERANA TAAT SEWAKTU MUDA
Daripada Abul ‘Abbas ‘Abdullah bin ‘Abbâs Radhiyallahu anhuma , dia mengatakan, “Pada suatu hari, aku pernah dibonceng di belakang Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam, lalu baginda bersabda, ‘Wahai anak muda, aku akan mengajarkan kepadamu beberapa kalimat: ‘Jagalah Allah, nescaya Allah akan menjagamu. Jagalah Allah, maka engkau akan mendapatiNya di hadapanmu. Jika engkau memohon, mohonlah kepada Allah, dan jika engkau meminta pertolongan, mintalah pertolongan kepada Allah. Ketahuilah, bahawa seandainya seluruh umat berkumpul untuk memberi suatu manfaat kepadamu, maka mereka tidak akan dapat memberi manfaat kepadamu, kecuali dengan sesuatu yang telah ditetapkan Allah untukmu. Sebaliknya, jika mereka berkumpul untuk menimpakan suatu kemudharatan kepadamu, maka mereka tidak akan dapat menimpakan kemudharatan kepadamu, kecuali dengan sesuatu yang telah Allah tetapkan atasmu. Pena telah diangkat dan lembaran-lembaran telah kering.’” [HR. at-Tirmidzi].
Imam Ibnu Rajab rahimahullah berkata; “Sesiapa yang menjaga (hukum-hukum) Allah di masa muda dan ketika fizikalnya masih kuat, maka Allah pun akan menjaganya di masa tuanya dan ketika fizikalnya telah lemah, dan Allah akan memberikan kenikmatan pada pendengaran dan penglihatan, kemampuan, kekuatan dan juga akalnya” [Jaami’ul Uluum wal Hikam 1/186].
#SuaraSunnah
#Ashujaa
HANYUT DENGAN NIKMAT DUNIA
Firman Allah SWT:
اعْلَمُوا أَنَّمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَزِينَةٌ وَتَفَاخُرٌ بَيْنَكُمْ وَتَكَاثُرٌ فِي الْأَمْوَالِ وَالْأَوْلَادِ ۖ كَمَثَلِ غَيْثٍ أَعْجَبَ الْكُفَّارَ نَبَاتُهُ ثُمَّ يَهِيجُ فَتَرَاهُ مُصْفَرًّا ثُمَّ يَكُونُ حُطَامًا ۖ وَفِي الْآخِرَةِ عَذَابٌ شَدِيدٌ وَمَغْفِرَةٌ مِّنَ اللَّـهِ وَرِضْوَانٌ ۚ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ
Maksudnya: Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat). Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. [Quran, al-Hadid: 20].
Salamah bin Dinar rahimahullah berkata; “Semua nikmat yang tidak mendekatkanmu kepada Allah adalah musibah” [Mawa’idz Salihin: hal 262].
#SuaraSunnah
#Ashujaa
ADAB DALAM MENYAMPAIKAN ILMU
Imam Malik bin Anas r.a berkata “Tidaklah layak atas seorang alim berbicara ilmu kepada orang yang tidak menginginkannya, kerana hal ini termasuk dalam merendahkan ilmu tersebut”. [‘Alaamul Fuqaha: Hal 200].
#SuaraSunnah
#ashujaa
#PerlisMengaji
KEJI MEMUJI DIRI SENDIRI
Imam Malik bin Anas rahimahullah berkata;
“Apabila seseorang memuji dirinya sendiri maka hakikatnya dia sedang berjalan di atas hawa nafsu”
[Aqwaal Al-Imam Malik bin Anas: hal 21].
Apa yang dikatakan Imam Malik ini adalah selari dengan kebimbangan Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam tentang penyakit riak yang dapat menjangkiti siapa saja, bahkan orang alim sekali pun. Termasuk juga para sahabat Nabi radhiyallahu ‘anhum. Para sahabat adalah generasi terbaik umat ini. Keteguhan iman mereka sudah teruji, pengorbanan mereka terhadap Islam sudah tidak perlu diragukan lagi. Namun demikian, Nabi shalallahu ‘alaihi wa sallam masih khuatirkan riak menimpa mereka. Beliau bersabda, “Sesuatu yang aku khuatirkan menimpa kalian adalah perbuatan syirik asghar. Ketika baginda ditanya tentang maksudnya, baginda menjawab: ‘(contohnya) adalah riak’ ”.
[Diriwayatkan oleh Ahmad di dalam al Musnad dan at-Thabrani dalam al Kabiir].
#SuaraSunnah
#Ashujaa
KEMBALINYA PENGLIPUR LARA SETIAP AWAL DAN AKHIR TAHUN
“Nabi tak ucapkan tiba-tiba kita kata Nabi bersabda? Nabi tak bersabda tiba-tiba kita kata Nabi bersabda? Nabi murka! ‘Sesiapa yang berdusta atas nama aku dengan sengaja maka siapkan tempatnya di neraka’ (H.R Bukhari #110). Ancaman daripada Nabi sehingga semua para ulama sepakat haram menyebarkan hadis yang palsu. Habis itu bagaimana kita menyebarkan hadis-hadis yang realiti sejarah membuktikan tak ada hadis itu! Takwim tak ada lagi zaman Rasulullah, macam mana boleh ada hadis kelebihan amalan tertentu pada awal dan akhir tahun?” – Bin Sahak, 18 Julai 2023, Masjid Muhammadiah, Perlis.
#SuaraSunnah
#Ashujaa
BELAJAR UNTUK REDHA ATAS APA YANG DITENTUKANNYA
Daripada Abu Hurairah, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
انظروا إلى من هو أسفل منكم ولا تنظروا إلى من هو فوقكم ، فهو أجدر أن لا تزدروا نعمة الله عليكم
“Pandanglah orang yang berada di bawahmu (dalam masalah harta dan dunia) dan janganlah engkau pandang orang yang berada di atasmu (dalam masalah ini). Dengan demikian, hal itu akan membuatmu tidak meremehkan nikmat Allah kepadamu.” (HR. Bukhari dan Muslim)
Daripada Abu Hurairah, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
إذا نظر أحدكم إلى من فضل عليه في المال والخلق فلينظر إلى من هو أسفل منه
“Jika salah seorang di antara kalian melihat orang yang memiliki kelebihan harta dan bentuk (rupa) [al kholq], maka lihatlah kepada orang yang berada di bawahnya.” (HR. Bukhari dan Muslim)
Ibnu Hajar mengatakan, “Yang dimaksud dengan al khalq adalah bentuk tubuh. Juga termasuk di dalamnya adalah anak-anak, pengikut dan segala sesuatu yang berkaitan dengan kenikmatan duniawi.” (Fathul Bari, 11/32).
#SuaraSunnah
#Ashujaa
RASA AMAN TENTERAM DI RUMAH ITU MERUPAKAN NIKMAT
Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda; “Barangsiapa antara kalian mendapat rasa aman di rumahnya (kepada diri, keluarga dan masyarakatnya), diberikan kesihatan tubuh badan, dan memiliki makanan asas pada hari itu di rumahnya, maka seakan-akan dunia ini telah terkumpul bagi dirinya.”
[Hadis riwayat At-Tirmidzi #2346, Ibnu Majah #4141].
#SuaraSunnah
#Nikmat
#Ashujaa
KEUTAMAAN MENGHADIRI MAJLIS ILMU DI MASJID
Dengan bermodalkan keikhlasan untuk menuntut ilmu dan menyebarkan kebaikan di masjid, kalian meraih pahala haji mabrur. Bayangkan!
Dalam hadis yang lain pula, Rasulullah sallallahu’alaihi wasallam bersabda: “Seseorang yang setelah selesai solat (di masjid) kemudian menetap di sana hingga solat yang berikutnya, tanpa melakukan laghwun (kesia-siaan) di antara keduanya, akan dicatat amalan tersebut di ‘illiyyin” (HR. Abu Daud no. 1288, dihasankan Al Albani dalam sahih Abu Daud).
ㅤㅤㅤㅤㅤㅤ
Dijelaskan oleh Syaikh Sulaiman bin Amir Ar Ruhaili hafizhahullah: “Catatan amal di ‘illiyyin adalah catatan amal yang tidak akan rosak dan tidak akan dibuka hingga hari kiamat, tersimpan awet, tidak akan dikurangkan sedikit pun”.
#SuaraSunnah #Ashujaa #MajlisIlmu #Masjid See less
DOA SEWAKTU DITIMPA KESUSAHAN
Rasulullah membaca doa ini sewaktu ditimpa keadaan yang sangat berat:
« لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ الْعَظِيمُ الْحَلِيمُ ، لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ ، لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ رَبُّ السَّمَوَاتِ وَرَبُّ الْأَرْضِ وَرَبُّ الْعَرْشِ الْكَرِيمِ »
Laa ilaaha illaallahul ‘adhimul haliim, laa ilaaha illaallahu rabbul ‘asryil ‘adhiim, laa ilaaha illaallahu rabbuus samawaati wa rabbul ardhi wa rabbul ‘aarsyil kariim.
H.R Bukhari
#SuaraSunnah #Ashujaa
DI MANA ALLAH?
ﻋَﻦْ ﻣُﻌَﺎﻭِﻳَﺔَ ﺑْﻦِ ﺍْﻟﺤَﻜَﻢِ ﺃَﻧَّﻪُ ﻟَﻤَّﺎ ﺟَﺎﺀَ ﺑِﺘِﻠْﻚَ ﺍْﻟﺠَﺎﺭِﻳَﺔِ ﺍﻟﺴَّﻮْﺩَﺍﺀَ ﻗﺎَﻝَ ﻟَﻬَﺎ ﺭَﺳُﻮْﻝُ ﺍﻟﻠﻪِ ﺻَﻠَّﻰ ﺍﻟﻠﻪُ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﻭَﺳَﻠَّﻢَ ﺃَﻳْﻦَ ﺍﻟﻠﻪُ ﻗَﺎﻟَﺖْ ﻓِﻲ ﺍﻟﺴَّﻤَﺎﺀِ ﻗَﺎﻝَ ﻣَﻦْ ﺃَﻧَﺎ ﻗَﺎﻟَﺖْ ﺃَﻧْﺖَ ﺭَﺳُﻮْﻝُ ﺍﻟﻠﻪِ ﻗَﺎﻝَ ﺃَﻋْﺘِﻘْﻬَﺎ ﻓَﺈِﻧَّﻬَﺎ ﻣُﺆْﻣِﻨَﺔٌ
“Daripada Mu’awiyah bin al-Hakam bahawasanya dia mendatangi Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam dengan membawa seorang gadis hitam. Kemudian Rasulullah sallallaahu ‘alaihi wasallam bertanya kepada gadis tersebut: ’Di mana Allah?’ Gadis itu menjawab, ’Di atas langit’. Rasul bertanya lagi, ’Siapakah aku?’ Gadis itu menjawab, ’Engkau adalah utusan Allah’. Maka Rasul berkata: ’Merdekakanlah dia kerana dia adalah mukminah (wanita beriman)’”[Hadis riwayat Muslim, Abu Dawud, An- Nasaai, Malik].
Dalam riwayat Ahmad, Mu’awiyah bin Al-Hakam meminta Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam memberikan pertanyaan ujian kepada gadis tersebut bagi membuktikan apakah dia beriman atau tidak, jika gadis itu beriman maka dia akan dimerdekakan, Mu’awiyah berkata,
ﻳﺎ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﻟﻠﻪ ﺇﻥ ﻋﻠﻲَّ ﺭﻗﺒﻪ ﻣﺆﻣﻨﺔ ﻓﺈﻥ ﻛﻨﺖ ﺗﺮﻯ ﻫﺬﻩ ﻣﺆﻣﻨﺔ ﻓﺄﻋﺘﻘﻬﺎ
“Wahai Rasulullah, aku mempunyai budak yang mukmin, jika engkau mengetahui (tanda-tanda) dia beriman, maka aku akan bebaskan dia”.
#SuaraSunnah #Ashujaa #Tauhid
PERLIS TIDAK AKAN MENGELUARKAN LESEN PERJUDIAN BAHARU, MAHUPUN MEMPERBAHARUI LESEN SEDIA ADA SETELAH TAMAT TEMPOH
يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ ۖ قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَا أَكْبَرُ مِن نَّفْعِهِمَا
Maksudnya: Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: “Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya…”
Surah al-Baqarah (219).
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالْأَنْصَابُ وَالْأَزْلَامُ رِجْسٌ مِنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) daripada perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.
(Surah al-Maidah: 90).
#SuaraSunnah #ashujaa #judi #arak
MEMBUDAYAKAN ILMU BERDIALOG UNTUK MENCARI KEBENARAN
MEMBUDAYAKAN ILMU
BERDIALOG UNTUK MENCARI KEBENARAN
#suarasunnah #ashujaa #debat
BERDOALAH DENGAN SUARA YANG PERLAHAN DAN LEMBUT
BERDOALAH DENGAN SUARA YANG PERLAHAN DAN LEMBUT
#SuaraSunnah #AdabBerdoa #SunnahBerdoa #Ashujaa
KELUARGA NABI TIDAK MENERIMA SEDEKAH
Sebelum menjadi sahabat Nabi SAW, dalam perjalanan Salman Al-Farisi dari Parsi mencari kebenaran, dia telah bertemu dengan banyak pendita-pendita agama. Salah satunya adalah seorang lelaki dari Amuriyah.
Menjelang ajalnya, laki-laki tersebut mewasiatkan kepada Salman Al-Farisi untuk mencari seorang Nabi yang agamanya sama dengan agama Ibrahim. Laki-laki tersebut pun memberikan beberapa gambaran tentang Nabi itu. Salah satunya adalah baginda menerima dan makan dari makanan yang diberikan sebagai hadiah, tapi dia tidak akan makan dari sedekah. Hal ini kemudian dibuktikan sendiri oleh Salman Al-Farisi saat bertemu dengan Nabi Muhammad SAW.
#SuaraSunnah #Ashujaa #Sedekah #ahlulbait
KOLEKSI USTAZ BODOW DIA KUTUK ORANG, BOLEH! ORANG LAIN KRITIK DIA, TAK BOLEH!
KOLEKSI USTAZ BODOW
DIA KUTUK ORANG, BOLEH! ORANG LAIN KRITIK DIA, TAK BOLEH!
#SuaraSunnah #Ashujaa #nerakasokmo
KOLEKSI USTAZ BODOW... PERLEKEHKAN YANG SAHIH...
KOLEKSI USTAZ BODOW…
PERLEKEHKAN YANG SAHIH…
#SuaraSunnah #Ashujaa #DoaMakan #HadisSahih